PELAKON Randy Pangalila menerima hadiah istimewa sempena Hari Natal daripada isteri tercinta.

Namun hadiah itu bukan berbentuk barangan, sebaliknya khabar gembira bahawa pasangan tersebut akan menimang anak kedua tahun depan.

Isteri Randy, Chelsey Frank menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya memuat naik gambar alat ujian kehamilan bersama dengan sekeping kad ucapan memberitahu ini merupakan hadiah Krismas untuk mereka sekeluarga.

Chelsey bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai maklumat kehamilannya.

“Santa bagi kejutan kepada kami tahun ini. Bayi nombor dua dalam perjalanan,” tulisnya.

Sementara itu, Randy pada ruangan komen meluahkan rasa syukur atas hadiah istimewa itu.

Bagaimanapun pelakon berusia 32 tahun itu dalam masa sama meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyambut Krismas tahun ini bersama Chelsey dan anak mereka, Blair Willow Pangalila.

Iklan

“Krismas tahun ini tidak akan sama tanpa awak. Saya sangat rindukan awak dan Blair.

Iklan

“Saya berharap boleh berada di sana dan menyambut Krismas bersama-sama. Tetapi doa saya untuk awak dan Blair akan sentiasa ada,” katanya.

Untuk rekod, Randy berkahwin dengan Chelsey Frank pada 19 Januari 2019 lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia satu tahun sembilan bulan.