Ratu Hijabista, pencarian  ikon wanita berhijab

Ratu Hijabista
Ratu Hijabista
A
A
A

BUAT julung kalinya Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bakal menganjurkan pertandingan realiti Ratu Hijabista bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi.

Bakal bersiaran selama lapan minggu, program tersebut menampilkan barisan peserta terbaik untuk  memperlihatkan pesona ratu ideal mereka melalui siri cabaran yang bakal menguji kekuatan fizikal dan mental.

Sesi uji bakat program tersebut berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jun lalu di mana ia dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada  semua wanita Malaysia berhijab yang berumur di antara 21 hingga 30 tahun.

Daripada lebih 550 calon peserta, seramai 12 finalis disenarai pendek  untuk penganjuran musim pertama.

Menariknya program ini juga bakal menyaksikan kemunculan semula personaliti TV popular, Puan Sri Normala Samsudin yang akan menggalas tanggung jawab selaku juri tetap, selain juri jemputan pada setiap episod.

Peserta yang bertanding akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan seratus peratus oleh pihak juri profesional.

Ratu Hijabista yang dihoskan oleh Fikry Ibrahim dan Uyaina Arshad itu akan mula bersiaran di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) pada setiap hari Rabu, jam 9 malam mulai 12 Ogos depan.

 

(FOTO: Azrul Rafie - Astro)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca