Rawatan IVF sampai ke fasa penting, ramai titip doa buat Achey, isteri

A
A
A

RAWATAN IVF atau lebih dikenali dalam bahasa tempatan kita sebagai bayi tabung uji, adalah antara rawatan kesuburan terbaik.

Ia merupakan kaedah yang boleh atau perlu dilakukan oleh pasangan bermasalah kesuburan bagi memberi peluang untuk mereka menimang cahaya mata.

Seperti yang umum maklum, sebelum ini pelawak, Achey pernah berkongsi dia dan isteri menjalani rawatan persenyawaan in vitro atau singkatnya IVF.

Menyifatkan hadiah istimewa buat suami sempena hari lahir Ogos lalu, isteri Achey, Nor Hasanah Yahaya, 32, mengambil keputusan untuk menjalani IVF sebagai usaha menimang cahaya mata sendiri.

Baca juga IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

Dalam perkembangan terbaharu, menerusi perkongsian Achey di laman Instagram, proses IVF mereka kini memasuki fasa penting.

"Allahuakbar... bismillah... tiada daya dah usaha hambamu ini tanpa keizinan mu Ya ALLAH…

"Doakan @anne_achey._ kuat dan hari ini bermula fasa penting. Memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya.

"Doakan proses ini berjalan dengan baik. Tak mudah proses ini. Positif kita jalani, positif yang kita dapat. Berjaya atau tidak doakan kami terus kuat," tulisnya.

Baca juga Isteri kongsi jalani rawatan IVF, hadiah terindah buat Achey sempena ‘birthday’

Kredit foto: Instagram anne_achey

Menjengah ruangan komen, rakan artis dan warga maya memberikan sokongan buat Achey dan Anne serta mendoakan agar usaha mereka dipermudahkan.

"Insya-ALLAH semoga dipermudahkan dan berjaya sihat semuanya."

"Semoga dipermudahkan... Insya-ALLAH... dia menunggu papa dan mama dia ok."

"Ya ALLAH, Kau permudahkan urusan mereka berdua, Kau berikan kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang perawatan mereka."

"Saya seorang ibu saya mendoakan Achey dan Anne dipermudahkan urusan dan diberi rezeki dan diperkenankan segala doa."

Baca juga IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

"Semoga dipermudahkan urusan buat Achey dan Anne.. doakan TTC yang lain terus brsabar dan sentiasa bersangka baik dengann rezeki dariNya.."

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkahwin dengan Nor Hasanah pada 2011 dan memiliki seorang anak angkat bernama Tiara Zinnirah,4.

Sumber: Instagram acheykintangkintung

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca