SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri tahun ini paling bermakna buat diri saya.”

Ungkap tuan punya badan iaitu pelakon dan pengarah, Datuk Aaron Aziz ketika ditemu bual SinarPlus baru-baru ini.

Aaron berkata, pada bulan Ramadan ini, beliau belum berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga tercinta, kerana masing-masing sibuk dengan rutin harian dan perniagaan.

“Percaya atau pun tidak tahun ini saya tidak dapat berbuka puasa dengan keluarga terutama isteri (Datin Diyana Halik) dan anak-anak kami.

“Anak saya seorang di Singapura sedang menjalani khidmat negara, isteri pun di sana dengan perniagaannya.

“Seorang lagi di boarding school. Jadi, memang looking forward untuk beraya bersama kerana selepas raya anak perempuan saya (Dwi Ariana) akan ke United Kingdom untuk sambung belajar, jadi susah sikit nak jumpa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang media Filem Pendek Raya Bank Rakyat berjudul “Tulus Ikhlas” sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Filem berdurasi lebih tujuh minit ini menggandingkan Aaron dengan Sharifah Husna Syed Mustaffa, di samping dua orang lagi pelakon cilik, Aaron Yusof Raj dan Adreana Jameela Raj.

Ia hasil terbitan Razor’s Edge Pictures Sdn Bhd, yang mengisahkan mengenai kesedaran sosial oleh kanak-kanak berusia 10 tahun bernama Rayyan, berhubung kemelut kehidupan anak-anak yatim, tiada tempat berlindung serta kurang bernasib baik berbanding diri serta adik perempuannya.

Iklan

Filem pendek ini boleh ditonton menerusi semua platform media sosial rasmi Bank Rakyat seperti Instagram dan Facebook serta saluran rasmi YouTube Bank Rakyat.

Tambah pelakon KL Gangsters itu, mereka sekeluarga akan berkumpul dan beraya di Singapura pada tahun ini.

“Tahun ini kira masuk tahun keempat ibu tanpa di sisi saya, tapi kami tetap beraya di sana,” katanya.

Ibu Aaron meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura pada 8 November 2020 disebabkan serangan jantung.

Untuk rekod, Aaron mendirikan rumah tangga bersama Diana pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 19, Dwi Ariana 18, dan Dahlia Arissa, 14.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!