Rea (Kool FM), suami dan anak positif Covid-19

A
A
A

PENYAMPAI radio Kool FM, Rea mengesahkan dia bersama suami, Faeez Ikhwan yang juga pemain drum kumpulan Drama Band dan anak mereka Dhia Madeena, enam bulan positif Covid-19.

Rea atau nama sebenar, Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad akur ujian berat dihadapi mereka sekeluarga, lebih-lebih lagi buat anak mereka yang masih kecil.

“Mulanya Faeez ada kontak rapat dengan kawannya yang positif. Sabtu lepas dia bergejala batuk dan demam. Ahad dan Isnin Dhia demam manakala Rea mula bergejala hari Isnin.

“Setakat ini kami dah makan ubat and ambil vitamin serta berada dalam keadaan baik kecuali Faeez masih batuk.

“Buat masa ini kami semua kuarantin di rumah dan masih menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia,” ujarnya.

Rea yang juga penyampai radio Kool FM memberitahu dia dan anaknya berada dalam keadaan baik dan hanya suaminya masih batuk.

Tambah Rea dia berharap semua orang dapat mendoakan kesihatan mereka agar kembali pulih seperti sedia kala.

“Saya mengharapkan doa anda semua untuk kesihatan kami bertiga kembali pulih seperti sediakala.

“Semoga wabak ini terhapus bukan saja kepada kami malah kepada seluruh umat diatas muka bumi ini,” katanya.

Rea turut mengingatkan orang ramai agar memakai penutup mulut dan hidung apabila keluar bagi mencegah penularan virus pandemik itu.

“Jaga diri semua. Tolong pakai penutup hidung dan mulut setiap kali anda keluar kerana anda tidak akan tahu jika orang yang anda jumpa ada kontak rapat dengan mereka yang positif Covid-19,” akhirinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca