Rebah di stesen keretapi, pelakon Harry Potter meninggal dunia

A
A
A

PELAKON Paul Grant yang pernah membintang filem sains fiksyen popular Star Wars dan Harry Potter dilaporkan meninggal dunia di London pada Isnin.

Grant, 56, diisytihar mati otak selepas rebah di luar stesen kereta api, King’s Cross di Utara London pada petang Khamis lalu. Bagaimanapun punca sebenar kematiannya tidak didedahkan.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh anak perempuannya, Sophie Jayne Grant dan menyifatkan pemergian bapanya begitu mengejutkan.

“Saya sedih. Dia terkenal dan disayangi dalam bidang kerjayanya sebagai seorang pelakon. Permergiannya terlalu cepat untuk kami,” katanya.

Grant diingati peminat menerusi wataknya sebagai Ewok dalam filem Star Wars: Return of the Jedi dan sebagai Goblin dalam Harry Potter and the Philosopher's Stone, selain Labyrinth (1986), Legend (1985) dan Willow (1988).

Aktor tersebut meninggalkan seorang teman wanita, Maria Dwyer dan tiga anak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca