PENYANYI era 1980-an, Rohana Jalil meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekitar jam 11.33, Selasa.

Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun.

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Falah USJ9 untuk disolatkan dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 sebelum Zuhur hari ini.

Allahyarham telah dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.

Kuman akibat kebocoron usus itu dikatakan merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.

Rohana memulakan kerjaya seni selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 1980 dan dikenali dengan lagu-lagu seperti Rayuanku, Resahku, Jangan Main Mata dan lain-lain.

Iklan

Allahyarham yang berasal dari Kota Tinggi, Johor berkahwin dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon Kilafairy.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi