Rumah arwah ibu Issey musnah dijilat api

PELAWAK dan penyampai radio Issey Fazlisham berkongsi berita sedih apabila rumah Allahyarham ibunya, di Kg Guchil Bayam, Kota Bharu Kelantan hangus terbakar pada Sabtu.

Menurut Issye, kediaman tersebut dibeli pada tahun lebih 35 tahun lalu oleh kedua ibu dan bapanya, sekali gus merupakan tampatnya membesar dan menyimpan pelbagai kenangan bersama keluarga.

Iklan
Iklan

“Rumah arwah mak saya terbakar di Kg Guchil Bayam. Kebetulan saya ada di Kelantan. Memang tersangat sebak, rumah tempat saya membesar.

“Terima kasih Pasukan Bomba dan Penyelamat Kelantan,” katanya yang kebetulan berada di Kelantan atas urusan kerja.

Keadaan senaskhah al-Quran yang masih dalam keadaan baik meski sebahagian besar barangan di dalam rumah musnah dijilat api.

Dalam perkongsian sama di laman Instagramnya, penyampai radio Gegar FM itu turut memuat naik video yang menunjukkan keadaan dalam rumah yang rosak teruk akibat kebakaran tersebut.

Namun Issey sempat menunjukkan senaskhah al-Quran yang masih dalam keadaan baik biarpun barangan lain di dalam rumah musnah dijilat api.

“Rumah saya membesar habis terbakar hambir 80 peratus dalamnya. Tapi kuasa Allah SWT, al-Quran ni berada tempat api paling besar. Yang lain habis terbakar. Tapi Al-Quran masih cantik dalamnya,” kongsinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

Kediaman Angah Raja Lawak raih perhatian, dapur macam kitchen restoran. Sempoi. ‘Rumah besar, suami pandai masak. Bestnya’

BAGI yang mengenali Angah Raja Lawak, pasti tahu beliau cukup aktif dalam lakonan dan juga…

12 mins ago

‘Rezeki terpijak’, Bella Astillah teruja terima hadiah motor skuter elektrik, syukur ibu dan anak sumber kekuatan

  SETIAP perkara yang berlaku pasti ada hikmah. ‘Penangan’ kemelut rumah tangga, mendatangkan rezeki mencurah-curah…

27 mins ago

Ayuh healing di pulau tercantik bersama insan tersayang, ini 5 destinasi terbaik raikan Hari Ibu

SAMBUTAN Hari Ibu nampaknya semakin meriah apabila banyak promosi menarik dianjurkan bagi meraikan insan tersayang.…

3 hours ago

‘Laki muda tapi matang, untung isteri.’ Harris Alif jaga Intan Ladyana & bayi dalam pantang dipuji ramai

PERKONGSIAN Intan Ladyana mengenai perkembangan bayi keduanya yang baharu lahir mengundang tumpuan ramai. Selain wajah…

4 hours ago

Waze buat hal, pemuda sesat 6 jam di Kedah ditemui menangis kebingungan. Berikut 4 tip cara guna elak laluan ‘merepek’

BARU-baru ini tular di laman sosial pengguna aplikasi navigasi Waze yang terpaksa menempuhi perjalanan sukar…

5 hours ago

1,000 pendaki lalui pengalaman ngeri ‘tersangkut’ kesesakan di ketinggian 1,127 meter

  MOMEN menakutkan yang dialami sekurang-kurangnya 1,000 pendaki apabila terkandas di tebing berketinggian 1,127 meter…

6 hours ago