PELAWAK dan penyampai radio Issey Fazlisham berkongsi berita sedih apabila rumah Allahyarham ibunya, di Kg Guchil Bayam, Kota Bharu Kelantan hangus terbakar pada Sabtu.

Menurut Issye, kediaman tersebut dibeli pada tahun lebih 35 tahun lalu oleh kedua ibu dan bapanya, sekali gus merupakan tampatnya membesar dan menyimpan pelbagai kenangan bersama keluarga.

“Rumah arwah mak saya terbakar di Kg Guchil Bayam. Kebetulan saya ada di Kelantan. Memang tersangat sebak, rumah tempat saya membesar.

“Terima kasih Pasukan Bomba dan Penyelamat Kelantan,” katanya yang kebetulan berada di Kelantan atas urusan kerja.

Keadaan senaskhah al-Quran yang masih dalam keadaan baik meski sebahagian besar barangan di dalam rumah musnah dijilat api.

Dalam perkongsian sama di laman Instagramnya, penyampai radio Gegar FM itu turut memuat naik video yang menunjukkan keadaan dalam rumah yang rosak teruk akibat kebakaran tersebut.

Namun Issey sempat menunjukkan senaskhah al-Quran yang masih dalam keadaan baik biarpun barangan lain di dalam rumah musnah dijilat api.

Iklan

“Rumah saya membesar habis terbakar hambir 80 peratus dalamnya. Tapi kuasa Allah SWT, al-Quran ni berada tempat api paling besar. Yang lain habis terbakar. Tapi Al-Quran masih cantik dalamnya,” kongsinya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi