Rumah tangga bergolak, Aishah akur ketentuan takdir
TIADA angin tiada ribut, rumah tangga penyanyi Janji Manismu, Aishah, dikatakan kini di ambang perceraian.
Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, mengakui tidak lagi tinggal sebumbung bersama suami, sejak tiga bulan lalu.
Bagaimanapun juara program Gegar Vaganza musim keempat itu tidak mendedahkan punca pergolakan rumah tangga yang dilalui dalam perkahwinan keempatnya itu.
Menerusi laporan media, Aishah berkata, dia akur dengan ketentuan takdir dan enggan menyalahkan sesiapa atas perpisahan tersebut.
“Benar, kami sudah berpisah. Cuma talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu,” katanya sebagaimana dilaporkan.
Dalam masa sama selebriti kelahiran Negeri Sembilan itu, berharap pendedahan tersebut tidak disalah anggap sebagai membuka pekung di dada, sebaliknya apa yang dikongsi itu adalah untuk mengelakkan fitnah di masa hadapan.
Aishah mendirikan rumah tangga buat kali keempat pada tahun 2017, namun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai perkahwinan tersebut.
Menerusi perkahwinan pertama dan kedua, Aishah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang