'Sakit perut sudah lama tapi abaikan', Tia Jinbara disahkan hidap barah hati
'Sakit perut sudah lama tapi abaikan', Tia Jinbara disahkan hidap barah hati
"TIA dimasukkan ke hospital Rabu lalu selepas mengadu sakit perut. Sebenarnya, sakit di bahagian perut itu sudah lama tapi abaikan. Disebabkan tak tahan sakit, saya bawa dia ke hospital."
Itu perkongsian isteri bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenar, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, yang disahkan menghidap barah hati dan sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
Isteri merangkap pengurusnya, Suzan Ahmad berkata, Tia yang dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak Rabu lalu, kini berada dalam keadaan stabil di bawah pemantauan doktor.
Ujarnya dalam perkembangan terkini penyanyi itu, selepas menjalani pelbagai pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan CT Scan, barulah doktor sahkan ada ketumbuhan pada hati iaitu barah.
Katanya, Tia kini stabil dan sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang kerana ada pakar di situ. Kemungkinan pada minggu depan mereka akan mengetahui jenis rawatan bagaimana yang boleh dilakukan.
Bicara Suzan lanjut, suaminya sangat kuat ketika menerima berita itu.
"Sejujurnya memang susah nak jelaskan pada dia. Suami beritahu saya, dia mahu terus hidup. Saya cakap padanya, selagi ada cara untuk merawatnya, kita akan cuba tak kisahlah dengan apa cara sekali pun.
"Alhamdulilalh dia sangat tenang ketika menerima perkhabaran itu. Sebagai isteri, saya kena tunjukkan padanya yang saya juga kuat dan tabah.
Baca juga Tuah Missclyen kini anak angkat Raja Permaisuri Agong, alami penyakit ‘rare’ Sindrom Werewolf
"Cuma dia pesan, biarlah proses rawatan penyakitnya dipercepatkan. Difahamkan doktor di sini sudah pun berbincang dengar pakar di Hospital Selayang untuk mempercepatkan proses rawatan,' ujarnya.
Sehubungan itu, Suzan berharap peminat penyanyi yang popular dengan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) itu dapat memanjatkan doa semoga suaminya segera sembuh.
Tia dan Suzan mendirikan rumah tangga pada Mei 2009.
Sumber: BH Online
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang