SAMBUTAN hangat daripada peminat mendorong pihak penganjur menukar lokasi konsert jelajah Will Of The People yang berlangsung 29 Julai ini dari Zepp Kuala Lumpur ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penganjur, Hello Universe dalam satu kenyataan berkata, pemilihan stadium itu dibuat bersesuaian dengan kapasiti yang besar, kemudahan terkini dan memberi keselesaan kepada peminat.

“Bagi pemegang tiket sedia ada, tiket yang dikemaskini dengan maklumat lokasi baharu akan dihantar menerusi e-mel ke akaun pembeli. Lokasi tiket untuk zon A, B dan C kekal sama.

“Susuunan tempat duduk untuk zon lain akan diselaraskan untuk menyesuaikan penonton di lokasi baharu, selain tempat duduk juga ditetapkan tempat baharu,” ujar wakil Hello Universe.

Susunan tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Muse yang dianggotai oleh Matthew Bellamy (penyanyi, gitar), Chrisopher Wolstenholme (bass) dan Dominic Howard (dram) pernah mengadakan konsert sulung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 2007.

Iklan

Kumpulan yang terkenal dengan lagu popular menerusi lagu Supermassive Black Hole, Starlight dan Time Is Running Out itu memilih Kuala Lumpur sebagai satu-satunya destinasi persinggahan di rantau Asia dalam konsert jelajah itu.

Iklan

Bagi yang masih mahu mendapatkan tiket konsert Muse, boleh layari laman web www.ticket2u.com.my.