Sambutan luar biasa, penonton mahu sekuel Projek: Anchor SPM

A
A
A

DRAMA premium di bawah jenama Astro Originals, Projek: Anchor SPM yang diinspirasikan daripada kisah yang tidak pernah diketengahkan di Malaysia berjaya mencipta fenomena tersendiri menerusi sambutan luar biasa penonton.

Perkembangan itu sekali gus mencetuskan impak baharu buat landskap industri seni tanah air, selain anjakan paradigma buat Astro untuk terus menyajikan kandungan terbaik.

Projek: Anchor SPM yang diarahkan oleh Razaisyam Rashid itu melabuhkan tirai tayangan pada 3 Mei lalu, terus merekodkan impak positif apabila jumlah tontonan atau rating yang dicatatkan di platform medium digital dan perkhidmatan kandungan over-the-top (OTT) termasuk Astro GO, NJOI dan On Demand sangat memberansangkan.

Malah setiap minggu drama premium itu trending di platform media sosial Twitter sejak episod pertama sehingga episod akhir ditayangkan di Astro Citra, saluran 108 (HD)/128 (SD), setiap Isnin, jam 9 malam.

Tidak ketinggalan sambutan menerusi platform TikTok yang meraih lebih 112.2 juta tontonan menerusi #ProjekAnchorSPM.

Daya tarikan utama yang menjadi bualan penonton adalah kualiti jalan cerita yang segar, efek sinematografi dan skrip yang meninggalkan impak.

Respon penonton juga menunjukkan Projek: Anchor SPM sebagai penanda aras baharu buat kualiti drama Malaysia dan pembuka jalan dalam industri seni tempatan untuk variasikan lagi genre seperti drama-drama antarabangsa.

Ia seiring dengan misi dan visi Astro Originals mengangkat karya yang melepasi daripada kebiasaan serta meningkatkan kualiti konten di Malaysia.

Ramai penonton yang menyuarakan hasrat mereka agar Projek: Anchor SPM lakonan Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Chubb-E, Shasha Abedul dan Nadhir Nasar itu disambungkan untuk musim kedua.

Ia bukan sekadar menarik minat penonton daripada golongan peminat drama Melayu semata-mata, tetapi turut mewujudkan kelompok penonton urban dan bukan Melayu.

Saksikan kesemua episod Projek: Anchor SPM dengan strim di platform Astro GO atau On Demand.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca