Samsons hadiahkan V buat peminat selepas 7 tahun

SETELAH tujuh tahun tidak tampil dengan album baru, kumpulan Samsons akhirnya tampil dengan album terbaru mereka yang diberi judul V.

Album kelima adalah hadiah daripada kumpulan yang pernah hits dengan lagu Kenangan Terindah itu, selepas 17 tahun terlibat dalam industri muzik Indonesia.

Menariknya tentang album yang dilancarkan oleh label rakaman Universal Music Indonesia itu, adalah penglibatan 55 pemuzik terbaik orkestra daripada anggota Budapest Scoring Symphony Orchestra.

Ia terdiri daripada 40 orang pemain alat muzik bertali (strings players), 7 orang pemain alat muzik tiup kayu (woodwinds players), 7 orang pemain alat muzik bras (brass player) serta seorang pemain genderang (percussionist), yang sering membuat skor muzik untuk filem-filem Hollywood.

Iklan
Iklan

Menyentuh mengenai pembikinan V, pemain gitar kumpulan itu, Irfan Aulia Irsal atau Irfan berkata, album ini mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan.

“Album ini sebenarnya sudah siap sejak 2016 lagi. Ia tertunda sejak sekian lama kerana kami mahu berikan yang terbaik buat peminat.

“Antara keistimewaan album ini tentunya kerjasama sulung bersama orkestra dari Budapest itu dan semua lagu diberikan sentuhan orkestra.

“Kami juga pelbagaikan genre lagu dalam album ini, ada lagu balada, rancak, pop, pop rock dan lain-lain,” katanya ketika sidang media secara atas talian bersama media di Malaysia baru-baru ini.

Kumpulan Samsons kini dianggotai (dari kiri)  Irfan (gitar), Aldri (bass), Aria (vokalis) dan Erik (gitar).

Terdapat 12 lagu dalam album ini antaranya Ternyata Cinta, Tuhan Tak Pernah Salah, Andai Aku Tahu, Cinta Mati dan Tak Semestinya. Manakala lagu Jika Nanti menjadi trek fokus untuk album V.

Sementara itu, berkongsi perkembangan lain kumpulan itu, vokalis kumpulan itu, Aria Dinata berkata, mereka sudah mempunyai pelbagai perancangan bagaimanapun banyak yang terpaksa ditunda kerana penularan pandemik Covid-19 kini.

Bagaimanapun sebagai gantinya, mereka berharap dapat mengadakan konsert virtual sempena ulang tahun ke-15 mereka dalam industri.

“Konsert ini dirancang diadakan pada bulan depan. Konsert selama 15 minit menerusi platform atas talian itu adalah simbolik 15 tahun kami di dalam industri.

“Lagu pula akan disampaikan secara medley dan ‘mash up’ lagu lama hingga yang baharu,” jelasnya.

 

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

21 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

1 day ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

2 days ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

2 days ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

2 days ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

2 days ago