SETIAP orang pasti mempunyai kisah bagaimana mereka bertemu dengan pasangan masing-masing.

Ada yang bercinta bertahun-tahun lamanya sebelum diijabkabul, ada juga yang bertemu jodoh hanya selepas beberapa bulan berkenalan.

Begitu juga dengan selebriti popular, Neelofa yang berkongsi dia mula jatuh cinta dengan Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pada dua tahun yang lalu.

Menerusi program program MeleTOP yang disiarkan di saluran Astro Ria semalam, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor itu menceritakan detik pertemuan dengan cinta hatinya bermula ketika menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada 2020.

Ceritanya lanjut, ketika itu dia sedang mencari imam untuk solat terawih di rumah ibunya.

Ujar Neelofa, PU Riz adalah orang terakhir yang dipanggil selepas beberapa nama lain tidak berkelapangan.

“Kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia ‘handsome’ (kacak).

“Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh.

“Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya ALLAH, terjatuh cinta,” katanya.

Neelofa, Haris bergelar suami isteri

Baca juga Kali pertama sambut Aidilfitri, anak Neelofa dapat duit raya RM14,000! Terselit 1,000 dirham

Iklan

Menerusi beberapa rakaman dimuat naik pengguna aplikasi TikTok, jelas kelihatan PU Riz tersipu malu selain beberapa kali mencelah ketika isterinya berkongsi detik manis itu.

“Cerita macam ni malu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai,” katanya.

Sepanjang sesi perkongsian itu, pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein tidak melepaskan peluang untuk mengusik pasangan bahagia itu.

Iklan

Neelofa dan Haris selamat bernikah pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia tiga bulan.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI