‘Saya simpan apa-apa komen mengenai isu ini…’ – Niezam Zaidi mohon maaf

Untitled design (31)
Untitled design (31)
A
A
A

PELAKON Niezam Zaidi akhirnya ‘membuka mulut’ berhubung kes penyalahgunaan dadah yang disabitkan ke atas dirinya beberapa hari lalu.

Tidak mengulas apa-apa berkaitan kes berkenaan, Niezam yang mula dikenali menerusi filem Budak Pailang hanya memohon maaf kerana tidak dapat membalas komen daripada sahabat handai, media dan rakan seperjuangan.

“Saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua.

“Saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu komen sahabat handai, media dan rakan-rakan seperjuangan melalui DM, WhatsApp, call dan sebagainya.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas apa yang terjadi dan jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini. Semoga Allah merahmati kalian,” ujarnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

Tambah Niezam, dia akan menyimpan semua komen-komen yang mengaitkan dirinya dengan isu berkenaan.

“Buat masa sekarang, saya simpan apa-apa komen mengenai isu ini. Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati,” jelasnya yang turut berkongsi video Jangan Pernah Menyerah nyanyian cover oleh Andmesh Kamaleng.

Terdahulu,Niezam mengakui bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis kababis di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Selasa.

Niezam, 29, dan dua individu iaitu Mohd Latif Zami, 49, serta Saiful Zaidrin, 43, ditahan polis dari bahagian siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Kangar di sebuah inap desa di daerah itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca