Selamat bersatu, majlis perkahwinan Britney Spears dicemari drama

BRITNEY SPEARS
BRITNEY SPEARS
A
A
A

TEKA-TEKI perkahwinan penyanyi pop terkenal, Britney Spears akhirnya terjawab.

Spears dilaporkan sudah selamat bergelar isteri kepada tunangnya, Sam Asghari dalam sebuah majlis di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Khamis.

Bagaimanapun di sebalik berita gembira itu, bekas suami Spears, Jason Alexander dilaporkan telah menceroboh kediaman penyanyi tersebut.

Menurut Pejabat Sherif Ventura County, California, Amerika Syarikat, pihaknya terus bergegas ke kediaman Spears selepas menerima aduan dan Alexander kini berada dalam tahanan pihak polis.

Britney berkahwin dengan Jason yang merupakan kenalan lamanya pada tahun 2004 sebelum mereka mengambil keputusan bercerai selepas 55 jam disahkan bergelar suami isteri.

Sekadar info, Spears berkahwin dengan Asghari yang merupakan seorang pelakon serta jurulatih kecergasan berlangsung sembilan bulan selepas pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka.

Pasangan itu berkenalan ketika menjalani penggambaran muzik video lagu Slumber Party pada tahun 2016 sebelum bercinta setahun selepas itu.

Ini merupakan perkahwinan ketiga penyanyi pop berusia 41 tahun itu.

Menerusi perkahwinan kedua dengan penari Kevin Federline yang bertahan sehingga 2007, Spears mempunyai dua anak lelaki iaitu Sean Preston, 17, dan Jayden James, 16 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca