PELAKON dan pengacara Ain Edruce selamat melahirkan cahaya mata pertama di sebuah pusat perubatan di Selangor pada Rabu.

Berita tersebut dikongsikan Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30 dengan memuat naik beberapa video di laman Instagram Story miliknya.

Berkongsi pengalaman tersebut, kata Ain, selama beberapa jam dia berada di bilik bersalin sebelum selamat melahirkan permata hati hasil perkongsian hidupnya dengan suami, Amirul Hafiz.

“Hello guys, setelah berbelas-belas jam di labour room, akhirnya saya dah bersalin. Semuanya baik di sini,” ujarnya ringkas.

Ain bagaimanapun tidak berkongsi butiran lanjut tentang kelahiran tersebut, malah meminta peminat dan pengikutnya untuk meneka jantina bayi yang dilahirkan.

“Korang rasa baby boy ke girl?” soalnya yang ceria ditemani suami.

Iklan

Dalam masa sama, pelakon sitkom J.K.K itu juga berkongsi pelbagai ucapan tahniah dan doa-doa yang dikirimkan rakan serta kenalannya yang turut teruja dengan berita tersebut.

Ain dan suami, Amirul Hafiz Mustaffa berkahwin pada 13 Disember 2019.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Ain Edruce)