Selepas Anna Jobling, giliran Meerqeen tercalon

MEERQEEN
MEERQEEN
A
A
A

HERO Melur Untuk Firdaus, Meerqeen menerima pencalonan 100 Lelaki Terkacak Dunia 2022 oleh laman media independen, TC Candler.

Meerqeen atau nama lngkapnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menjadi wakil tunggal dari Malaysia yang tercalon.

Selain Meerqeen yang memiliki 1.3 juta pengikut di Instagram, turut tercalon bintang terkenal antarabangsa seperti Tom Hardy, Tom Cruise, Suga BTS, Charlie Puth dan Jason Momoa.

Nama Meerqeen semakin menjadi sebutan selepas dia membintangi drama rantaian fenomena, Melur Untuk Firdaus yang turut mendapat sambutan dari negara jiran iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina.

Sebelum ini, heroin gandingannya dalam Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling turut tercalon dalam kategori 100 Wajah Tercantik 2022 oleh laman sama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca