Selepas bapa, Irwansyah kehilangan ibu pula akibat Covid-19
KEHILANGAN orang tersayang amat menyedihkan. Hanya sesiapa yang melaluinya akan merasa keperitan itu.
Lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan beberapa kematian melibatkan ahli keluarga tercinta dalam sekelip
mata.
Seperti yang dilalui pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Irwansyah apabila diuji dengan kehilangan ibu setelah beberapa minggu kematian bapanya, Allahyarham Umar Efendi.
Ibunya, Allahyarham Herliana Sanusi yang menghembuskan nafas terakhir akibat pandemik Covid-19, kelmarin.
Arwah bapanya meninggal dunia pada 8 Julai lalu, kini diikuti arwah ibu selepas beberapa minggu bertarung
nyawa di hospital.
Menerusi posting di laman Instagram, penyanyi Pencinta Wanita itu meluahkan perasaan sedih atas kehilangan
idola dan salah seorang insan yang paling dicintainya.
"Sedih rasanya kehilangan idolaku, salah satu orang yang paling aku cintai. Ibu adalah insan yang seringmemberikan nasihat bukan dengan lisan, sebaliknya memberi contoh perbuatan yang menjadikan aku semakin jatuh cinta dengan Allah.
"Rindu rasanya padanya, memeluk mencium dan memberitahu Irwan sayang sangat pada mama. Tetapi, saya yakin ALLAH jauh lebih sayangkan mama berbanding dengan kami.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
"ALLAH lebih tahu yang terbaik buat mama. lebih tahu cara membahagiakan mama. Allah lebih tahu segala-galanya daripada kita. ALLAH ambil mama kerana ALLAH sayang pada mama.
"Insya-ALLAH, Allah sudah gugurkan semua dosa-dosa mama. Sekarang mama sudah tenang di sana. Insya-ALLAH kita bertemu di syurga ALLAH," coretnya.
Selain itu, Irwansyah turut menyifatkan ibunya sebagai wanita solehah, memuliakan al-Quran setiap hari dan sempurna.
Baca juga Dua Minggu Di Rumah, Jaga SOP, Irwansyah Terkejut Positif Covid-19 Rupanya…
"Berbakti pada suami hingga akhir hayat, mendidik anak-anak dengan baik, ibu yang mengajarkan anak patuh dengan perintah Allah dan menjadi umat yang selalu bersabar dengan ujian."Terima kasih atas semua yang mama ajar pada saya. Insya-ALLAH, saya akan selalu ingat dan amalkan," ujarnya yang juga memohon semua agar mendoakan arwah ibunya.
Sebelum ini, Irwansyah juga disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang