PENYANYI dan pelakon Irwansyah, memaklumkan dirinya dijangkiti Covid-19 walaupun sudah dua minggu kekal berada di rumah dan menjaga prosedur operasi standard (SOP).

Melalui perkongsian video di saluran YouTube The Sungkars Family, selebriti berusia 36 tahun itu menzahirkan rasa terkejut apabila disahkan positif koronavirus.

“Hari ini saya disahkan positif (Covid-19). Tapi, alhamdulillah CT value tinggi, 29,” kata Irwansyah.

Baca juga Bahana Gejala Long Covid, Boleh Berterusan Sehingga 1 Tahun

Pada masa sama, beliau mengakui sudah dua minggu tidak keluar rumah, tetapi dikatakan berjangkit daripada adiknya.

“Saya dijangkiti kerana adik. Kami sudah dua minggu di rumah, tidak keluar,” tuturnya.

Susulan itu, penyanyi lagu ‘Pencinta Wanita’ mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP dan membataskan berinteraksi dengan orang lain.

“Teman-teman tetap jaga kalau boleh jangan ada orang luar masuk ke rumah,” ucap Irwansyah yang berkomunikasi bersama isterinya, aktres Zaskia Sungkar melalui video call sepanjang tempoh kuarantin.

Baca juga 10 Tahun Menunggu, Irwansyah Timang Cahaya Mata Pertama

Iklan

Dalam perkembangan terkini, Irwansyah bersyukur tidak mengalami sebarang gejala dan berharap berterusan sehingga sembuh.

“Belum ada gejala apa-apa. Cuma tubuh sedang berlawan dengan virus dan syukurlah badan cergas dan fit sahaja,” katanya.

Terdahulu, Irwansyah dan isteri mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.

Iklan

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan bayi lelaki, Ukkasya Muhammad Syahki selepas sedekad menanti cahaya mata.

Sumber: The Sungkars Family