Sempena hari jadi & anniversary, ucapan Izzue Islam buat isteri bikin ramai terharu. 'U tetap jadi orang pertama... '

A
A
A

KASIH sayang dan pertalian cinta antara Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin sering dijadikan contoh kepada pasangan suami isteri lain.

Manakan tidaknya, sejak mendirikan rumah tangga bersama sehingga kini, pelbagai tohmahan dan pandangan serong oleh segelintir pihak terhadap mereka.

izzuePun demikian, pasangan sehati sejiwa itu tidak ambil kisah, apatah lagi mahu mengambil tindakan.

Biarpun belum direzekikan untuk menimang cahaya mata, namun mereka reda dan tetap bahagia bersama.

Untuk rekod, Izzue dan Awin  atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin selamat diijabkabulkan pada 2 Jun 2013.

izzue islam

Terbaharu, hos terkenal itu memuat naik hantaran berupa video sambil memotong kek.

Diam tak diam, rupa-rupanya sudah 11 tahun usia perkahwinan mereka. Lebih istimewa lagi, tarikh tersebut juga merupakan hari lahir Izzue.

"Tak kisah berapa hari, bulan, atau tahun kita bersama, u tetap jadi orang yang pertama i nak tengok setiap hari ♥️

Demikian kata-kata tulus yang diungkapkan Izzue menerusi kapsyennya.

Perkongsian Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, nyata meraih perhatian warganet. Rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan tersebut.

'Pasangan ni berjaya buktikan yg walaupun mereka diuji dengan tiada zuriat, tetap stay, setia dan menyayangi each other, love ❤️'

'Lelaki kan kalau dia jatuh cinta, dan orang tu orang yang tepat, cinta dia tu takkan susut malah makin hari makin kuat. carilah lelaki yang cintakan diri kita besar dari kita cintakan dia.'

awin

'The caption ????? semoga kekal hingga ke hari tua bersama ?.'

''Awat aku rasa sayu dan sedih sgt bila Izzue peluk Awin.. semoga berkekalan hingga ke Jannah, dan dikurniakan penyeri rumah secepat yg mungkin, Aamin..'

'Ni lah namanya lelaki yang mahal. Sentiasa memuliakan isteri. Handsome n high-class.'

'Semoga bahagia hingga syurga...seronok sgt tgk bila suami2 yg menghargai isterinya...

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di X, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca