MENJUAL baju terpakai atau koleksi pre-loved adalah salah satu cara kitar semula. Daripada tersimpan begitu sahaja, sekurang-kurangnya ia boleh dimanfaatkan oleh orang lain, seperti pelakon Zain Saidin yang menjual koleksi pre-loved isteri.

Kelibat pelakon Oh My English! itu menjual pakaian kepunyaan Che Ta atau Rozita Che Wan mencuri tumpuan para pengunjung car boot sale di Kota Damansara.

Ia dikongsikan oleh salah seorang pelanggan, Fy Baharuddin di laman sosial TikTok.

Baca juga: ‘Nak Ecah lalui momen sebagai kanak-kanak lain.’Zain Saidin tak galakkan Aaisyah bekerja, tidak mahu membesar terlalu cepat

Betapa banyaknya pakaian yang dijual, Zain sekadar melonggokkan busana milik isteri di atas helaian plastik.

Manakala dari segi harga, setiap sehelai dijual RM5 sehelai.

Biarpun berstatus selebriti, kemesraan dan sikap rendah diri Zain melayani para pengunjung membuatkan ramai tidak segan untuk singgah di tapak jualannya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet seakan tidak percaya melihat kelibat Zain di pasar jualan barangan terpakai itu melelong pakaian isteri.

Baca juga: Rezeki di usia 50, Che Ta diami banglo mewah bernilai hampir RM10 juta

Tidak kurang yang berseloroh tentang koleksi pakaian Che Ta yang banyak.

– “Che Ta be like: Kenapa baju dalam wardrobe macam makin sikit?”

– “New = RM500, pre-loved = RM5.”

– “Che Ta tahu atau tidak ni bajunya dilelong?.”

– “Dia memang humble, baik dan tak sombong.”

– “Che Ta mesti tak ingat pun baju dia dalam wardrobe. Sebab baju raya sahaja 30 pasang.”

– “Mana tahu di situ ada jenama high-end,”

Iklan

– “Saya bukan tak nak beli tapi tak ada saiz.”

Baca juga: ’10 hari tanpa telefon macam anak hilang mak’-Che Ta dedah kena pickpocket di London

Zain telah mendirikan rumah tangga bersama Che Ta atau Rozita Che Wan pada Disember 2013.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

Iklan

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Sumber: TikTok Fy Baharuddin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang