“SENTIASA doakan dan jadi tulang belakang awak. Sokong apa jua perjuangan awak.”

Itu antara luahan ikhlas Aeisah Zainal kepada belahan hatinya, pelakon dan pengarah muda, Syafiq Yusuf menerusi laman instagramnya.

Faktor usia muda bukan penghalang pasangan ini mencipta bahagia sebagai suami isteri.

Memang rata-rata warganet yang membaca luahan itu sebak dan terharu membaca bait-bait ucapan Aeisah.

Baca ni: 19 hari, Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki

JADI TULANG BELAKANG SUAMI

Wanita tersebut juga pada masa sama, turut mendoakan yang terbaik untuk setiap langkah suaminya yang juga adik kepada pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof dalam bidang seni.

“Masya-ALLAH. Rezeki ada naik dan turun, namun yang penting cinta kita sentiasa mekar mewangi hingga ke jannah Firdaus A’la.

“Alhamdulillah, insya-ALLAH September ini filem Abang Long Fadil 3 (akan dilancarkan), saya sentiasa doakan awak jadi tulang belakang awak,” tulis Aeisah lagi.

Isteri dan anak-anak yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan buat Syafiq Yusuf.

SOKONG PERJUANGAN DUNIA AKHIRAT

Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menyatakan sokongannya yang tidak berbelah bagi dalam setiap aspek tidak kira bersifat duniawi atau ukhrawi.

Dengan ayat ringkas dengan penuh makna, menantu kepada Datuk Yusuf Haslam itu berkata: “(Saya) akan sokong apa jua perjuangan awak di dunia dan akhirat.”

Iklan

Syafiq mendirikan rumah tangga dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🇸🇾 🇲🇾 (@aeisahzainal)

Untuk rekod, filem terbaru arahan Syafiq, Abang Long Fadil 3 bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada September ini.

Iklan

Sumber: Instagram aeisahzainal

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan