‘Seronok tengok Lofa’, aksi Neelofa naik skuter ketika umrah curi perhatian

PENAMPILAN selebriti, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Terbaru gelagat ibu kepada Muhammad Bilal itu menjalani ibadah umrah bersama keluarga pula menarik perhatian warga maya.

Menerusi video yang tular di TikTok @Nur NLFH, aksi Neelofa yang sedang menaiki skuter di perkarangan Masjidil Haram, Makkah dirakam oleh ibunya, Datin Noor Kartini.

Malah, dia turut menunjukkan beberapa beg yang berisi makanan yang akan diagihkan oleh mereka untuk para jemaah di masjid tersebut.

Baca juga Untung Neelofa, suami hadiahkan gelang tangan sepadan cincin kahwin sempena hari lahir

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja dan terhibur melihat gelagat usahawan itu.

Ujar mereka;

“Comella luggage beg siap roda macam Lofa pakai ni sesuai juga ek untuk mak tapi kena tengok muatan berat badan kot.”

“Seronok tengok Lofa, dahla cantik.”

Baca juga Nikah di Batam – Fuad, Tom kini suami isteri

Iklan

“Amboi konar leper, lucu macam Bilal… hahahaa.”

“Hahahahah comella Lofa buat gitu.”

Iklan

“Banyak kali duk ulang tengok Lofa naik benda tu, comel cam teletubis.”

Selain itu, mereka juga turut meluahkan rasa kagum dengan sifat pemurah ahli keluarga Neelofa yang tetap bersedekah di mana-mana sahaja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.