Shah Rukh Khan sambut hari jadi ke-57, ribuan peminat banjiri pekarangan rumah

RAJA Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan menyambut hari lahir ke-57 pada 2 November dengan meriah apabila ribuan peminat berkumpul di hadapan rumahnya semata-mata untuk meraikannya bersama.

Kehadiran peminat yang bukan sahaja di daerah tersebut, malah dari luar negara adalah aktiviti tahunan peminat-peminatnya dari seluruh dunia.

Baca juga: Sambut hari kelahiran ke-56, Shah Rukh Khan bawa keluarga ke Alibaug

“Sungguh indah hidup di hadapan laut, lautan cinta yang tersebar di sekeliling saya pada ulang tahun kelahiran, terima kasih. Bersyukur kerana membuat saya berasa begitu istimewa dan gembira,” kongsinya.

Iklan
Iklan

Dalam satu hantaran lain pelakon Dil To Pagal Hai itu turut menyatakan penghargaan buat para peminat.

“Lautan cinta seperti yang saya lihat. Terima kasih semua kerana selalu berada bersama saya dan menjadikan hari ini begitu istimewa. Terima kasih dan hanya cinta untuk anda semua,” titip pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu di Instagram.

Baca juga: Viral Shah Rukh Khan Temerloh , anak dedah cerita sebenar

Sebuah video dimuat naik memperlihatkan Shah Rukh tampil ke ruangan balkoni melambai kepada peminat yang berkumpul di hadapan kediamannya di Bandra, Mumbai.

Difahamkan ribuan peminat akan berkumpul sejak awal menanti sehingga pelakon itu muncul dan menyapa mereka.

Pihak berkuasa polis turut mengawal perkarangan kediaman aktor itu bagi menjaga keamanan pada aktiviti tahunan itu.

Menurut laporan, ramai peminat Shah Rukh dari luar negara telah terbang ke Mumbai untuk menyambut kelahiran bintang kesayangan mereka. Ada yang datang dari negara seperti Belanda, Switzerland, Perancis, Nepal, Belgium, UK dan banyak lagi.

Seorang peminat bernama Monika Bucher dari Switzerland memberitahu portal berita beliau sanggup ke India untuk berada dekat dengan aktor kegemarannya.

“Saya gembira mengetahui bahawa saya akan berada dekat dengan Shah Rukh pada ulang tahun kelahirannya. Kami berada di sini menunjukkan bahawa beliau mempunyai peminat di seluruh dunia.” katanya.

Baca juga: Kepulangan anak Shah Rukh Khan disambut meriah, peminat banjiri pekarangan kediaman, berpesta rai Aryan

Tangkap layar Twitter Burj Khalifa

Tidak hanya di India, Burj Khalifa juga turut menyalakan lampu sempena hari lahir bintang Bollywood itu.

Shah Rukh mula berlakon pada tahun 1988 dan kekal relevan dalam industri sehingga ke hari ini. Antara filem popular lakonannya ialah Dilwale Dulhania Le Jayenge

(1995), Dil To Pagal Hai (1997), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Mohabbatein (2000), Devdas (2002) dan Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001).

Baca juga: Warisi kejelitaan ibu, Nysa Devgn buah hati Kajol makin meningkat dewasa

Sumber: iamsrk, Times of India

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

Tuah Nala kucing terkaya dunia, bernilai RM431.4 juta selepas ‘merempat’, raih anugerah TikToker Of The Year

BERTUAHNYA si comel ini. Dinamakan Nala, si bulus dari California, Amerika Syarikat ini mungkin kucing…

3 mins ago

Tasik diselimuti ratusan ribu ikan mati akibat gelombang panas dan kecuaian

  BERATUS ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan…

2 hours ago

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

16 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

16 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

17 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

19 hours ago