SEJAK semalam, viral beberapa foto mengenai seorang lelaki yang dikatakan mempunyai iras wajah seperti pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan.

Lelaki tersebut dikatakan berasal dari Temerloh, Pahang dan merupakan seorang penebar roti canai.

Segalanya bermula apabila Fendi yang juga Ahli Jawatankuasa di sebuah masjid memberitahu ramai masyarakat yang keliru dan bercakap mengenai matanya yang sama seperti Shah Rukh Khan.

Tidak kurang juga, ada yang membelanja dan memandangnya sejak belakangan ini.

https://www.facebook.com/fendismail6036/posts/3037246086330589

Dek kekacakan dan iras Megastar Bollywood itu, secara tidak langsung telah mencuri tumpuan masyarakat terutama golongan wanita yang terpikat.

ANAK DEDAH CERITA SEBENAR…

Bagaimanapun semua itu hanya gurauan Fendi Ismail semata-mata, setelah anaknya berkongsi wajah sebenar si bapa.

Lebih lucu lagi, Fendi menerusi akaun Facebooknya, turut memuat naik video yang menyaksikan pelakon filem Dilwale itu seolah bercakap dalam satu sidang media bagi pihaknya.

Namun sebenarnya ia adalah video yang disunting dengan suaranya.

“Kepada rakyat Malaysia, saya tahu dah tular muka seiras saya. Jangan marah pak cik Fendi tu, dia nak menghiburkan anda semua, rakyat Malaysia, dia buat untuk hiburan semata-mata.

“Dia bagitahu kat abang Shah Rukh, ramai yang add friend, ramai kecewa bila tahu keadaan sebenar cuma edit (gambar).

“Abang Shah Rukh tahu, ada tujuh rupa sama di dunia ini. Tapi dia (Fendi) yang kelapan sebab edit sendiri,” ujarnya.

https://www.facebook.com/fendismail6036/posts/3040692325985965

Biarpun ada yang rasa tertipu, namun ramai yang terhibur dengan gurauan lelaki berkenaan dan tidak kurang juga yang menjadikan iktibar supaya tidak mudah terperdaya dengan rupa paras seseorang.

shah rukh khan tular
Antara komen netizen selepas perkara sebenar diketahui ramai.

Iklan

 

 

 

 

 

Iklan