Shaza Bae dirasuk di lokasi penggambaran

MENYIFATKAN setiap peluang sebagai sesuatu yang berharga untuk dilepaskan, bintang baharu sedang meningkat naik, Shaza Bae, berusaha memberikan yang terbaik dalam apa sahaja dilakukan.

Bukan hanya dalam bidang pengacaraan, tetapi pemilik nama lengkap Shaza Nuriman Mohamad Zamri, 26, turut bekerja keras untuk membina nama dalam bidang lakonan.

Tidak mahu hanya terikat dengan satu-satu watak sahaja, bekas juara Dewi Remaja 2019 itu sentiasa berusaha mencari kelainan dalam usaha untuk mempelbagaikan gaya lakonannya.

Terbaru, Shaza yang tampil dalam drama genre seram romantik komedi berjudul Jangan Ganggu Jodohku

Iklan
Iklan
berjaya mencuri perhatian ramai menerusi karakter Aliza yang dibawanya dengan cukup berkesan.

“Sebagai pelakon baharu, saya sangat berterima kasih kepada pengarah serta penerbit yang memberikan kepercayaan pada saya untuk membawakan pelbagai watak dan tidak terikat dengan sesuatu karakter sahaja.

“Drama Jangan Ganggu jodohku memberikan kepuasan yang tersendiri kepada saya kerana watak Aliza yang saya bawakan itu perlu dimainkan dengan beberapa karakter berlainan.

“Memang ia sangat mencabar, tetapi dalam masa sama saya dapat belajar banyak perkara dan lihat sejauh mana kemampuan lakonan,” ujarnya.

Selain Shaza, Jangan Ganggu Jodohku bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) itu turut membariskan pelakon seperti Amerul Affendi, Aloy Paradoks, Yusuf Bahrin, Azizah Mahzan, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

Gangguan misteri

Berkongsi pengalamannya menjayakan drama arahan Jamal Khan itu, kata Shaza, dia tidak dapat melupakan insiden terkena gangguan mistik sehingga penggambaran terpaksa dihentikan seketika.

“Watak Aliza yang saya mainkan ini merupakan gadis yang dibuka ‘hijab’ dan mempunyai kelebihan untuk melihat benda-benda yang orang lain tak boleh nampak.

“Dalam drama ini saya banyak terlibat dengan babak dirasuk sehingga akhirnya saya benar-benar mengalami kejadian itu tanpa diduga.

“Kejadian itu berlaku selepas Maghrib apabila badan sahaja tiba-tiba sahaja menjadi seram sejuk dan jantung berdegup laju sebelum dirasuk dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah ramai yang bantu untuk pulihkan keadaan saya ketika itu dan esoknya kami kembali ke set seperti biasa,” jelas Shaza.

Dalam pada itu, Shaza yang pertama kali tampil berlakon menerusi drama Tundukkan Playboy Itu mengakui pengalaman bekerja dengan bintang-bintang senior dalam dunia lakonan juga banyak membantu dirinya memperbaiki kekurangan diri.

“Saya menganggap diri bertuah kerana semenjak awal pembabitan dalam bidang seni sering digandingkan dengan pelakon-pelakon yang hebat, sekali gus memberi semangat pada saya untuk menjadi lebih baik.

“Jangan Ganggu Jodohku juga memberikan pengalaman sama apabila saya berpeluang bergandingan dengan Amerul Affendi yang sememangnya orang tahu kehebatannya dalam lakonan.

“Banyak perkara yang saya belajar daripadanya, selain pengalaman yang saya sifatkan sangat berharga untuk orang baharu seperti saya,” katanya.

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

2 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

16 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

20 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

21 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

21 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

24 hours ago