Sheryl Shazwanie kini milik Azzam Sham

A
A
A

SETELAH tiga bulan mengikat tali pertunangan, penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie akhirnya sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan berusia 24 tahun itu diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, pada jam 10 pagi.

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 bersama dulang cek hantaran, cincin, gelang emas kepada Sheryl atau nama penuhnya Sheryl Shazwanie Binti Shamsulbahri.

“Alhamdulillah, saya rasa lega dan bersyukur walaupun sebenarnya saya amat gementar. Namun segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa,” ujarnya ringkas.

Azzam dan Sheryl bersama ibu bapa masing-masing.

Azzam yang juga juara Big Stage 3 dan Sheryl telah mengenali selama lebih 6 tahun sejak keduanya dalam syarikat rakaman yang sama.

Berkongsi tentang majlis resepsi, pasangan ini akan mengadakan majlis mereka pada hari ini dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat secara kecil kecilan serta tertutup di Shah Alam berikutan prosedur SOP yang ditetapkan dalam langkah berwaspada mengikut bilangan jemputan yang sangat terhad.

Kredit Gambar: Faridism Production Sdn Bhd

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca