Shila Amzah (Rambutan) juara The Masked Singer Malaysia musim kedua

A
A
A

SELEPAS sepuluh minggu bersiaran, akhirnya program nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua melabuhkan tirainya dengan menobatkan Shila Amzah di sebalik figura Rambutan sebagai juaranya.

Tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu lagu Bujang Senang nyanyian asal kumpulan Wings dan Hurt (Christina Aguilera), Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 32, berjaya memikat hati barisan juri dengan memperoleh markah sebanyak 96.56 peratus (%), sekali gus berada di tempat pertama.

Sementara itu, penyanyi Amir Masdi yang menyarung kostum Seladang bergelar naib juara, manakala Liza Hanim dengan sebagai Orkid pula menduduki tempat ketiga.

Diikuti Hanna Delisha (Burung Hantu) dan Ara Johari (Ratu Semut) yang berpuas hati di tempat keempat dan kelima.

Pada episod akhir itu, rata-rata juri berjaya memberi tekaan tepat nama selebriti yang berselindung di sebalik kostum yang dipakai sejak episod pertama itu.

Zizan Razak konsisten sebagai juri yang berjaya memberikan tekaan tepat pada setiap episod, menerima Anugerah Tekaan Juri Paling Gempak selepas mengumpul 11 markah dan tertinggi antara semua juri.

Juri lain yang turut mengadili peserta yang bertanding ialah Datuk Aznil Haji Nawawi, Ella, Michael Ang, Raja Azura, Remy Ishak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Sementara itu, sembilan selebriti yang tersingkir pada episod terdahulu ialah Sherry Ibrahim (Si Merak), Sabhi Saddi (Bujang Senang), Reshmonu (Periuk Kera) dan Iman Troye (Aiskrim Roti).

Diikuti Zul Huzaimy (Mat Penyu), Datin Seri Maria Farida (Pepatung), Sazali Samad (Teh Tarik Kaw), Keifli Othman (Nanas) dan Ray Era (Harum Manis).

TMSM2 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal, bersiaran di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam selama 10 minggu.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan di aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Kedudukan peserta dan markah penuh pentas akhir TMSM2

1. Rambutan – 96.56%

2. Seladang – 94.61%

3. Orkid – 94.00%

4. Burung Hantu – 91.17%

5. Ratu Semut – 90.17%

(FOTO: AZRUL RAFIE - ASTRO)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca