Shila Amzah, Ubai selamat bertunang

A
A
A

PENYANYI Shila Amzah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama lelaki pilihannya, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup pada Sabtu.

Ubai, 25, yang juga merupakan pempengaruh media sosial berkongsi berita tersebut dengan memuat naik beberapa keping fotonya bersama Shila di Instagram yang sedondon mengenakan persalinan ungu pada majlis tersebut.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas beserta emoji sebentuk cincin.

Berita tersebut sekali gus menidakkan spekulasi yang mengatakan hubungan mereka berdua telah putus selepas Shila, 33, membuat satu hantaran yang seolah-olah memberi gambaran sudah berpisah dengan kekasihnya itu pada Rabu lalu.

Shila kini tunangan Ubai.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat senang dengan berita tersebut dan memberikan ucapan tahniah serta doa agar pasangan itu kekal hingga ke jinjang pelamin.

Difahamkan penyanyi Patah Seribu itu mula menjalinkan hubungan cinta dengan Ubai sekitar lima bulan lalu.

Shila sebelum ini pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, sebelum bercerai pada Februari 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca