DALAM keterujaan untuk meraikan ulang tahun penubuhan ke-25 dalam industri, kumpulan Umbrella terpaksa akur dengan situasi semasa dan membatalkan Showcase 25 Tahun Umbrella yang bakal berlanglung pada Disember depan.

Keputusan tersebut dilakukan demi keselamatan peminat berikutan peningkatan kes positif Covid-19 yang semakin tinggi setiap hari.

Biarpun sedih dengan pembatalsan tersebut, vokalis Umbrella, Zarul mengharapkan agar peminat terus mengikuti perkembangan terkini mereka yang baru sahaja muncul dengan single berjudul Hilang.

“Biarpun showcase dibatalkan, kesempatan yang ada sepanjang berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ketika ini akan digunakan sebaik mungkin oleh setiap ahli Umbrella untuk berlatih bagi memperbaiki mutu persembahan kami di masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah urusan Umbrella Music, Datuk Rizal Shah mengakui banyak perancangan untuk kerjaya seni Umbrella tertangguh kerana situasi yang tidak dapat dielakkan itu.

“Keputusan membatalkan showcase 25 Tahun Umbrella itu amat berat bagi pihak pengurusan dan Umbrella memandangkan banyak persiapan yang telah dibuat demi menaikkan semula populariti dan kerjaya seni Umbrella.

Iklan

“Bagaimanapun kami juga ingin berkongsi berita baik buat peminat-peminat Umbrella dan kumpulan-kumpulan muzik zaman 90an, bahawa pihak Umbrella Music turut merancang mengadakan sebuah konsert Umbrella & Friends pada tahun tahun depan.

Iklan

“Persiapan untuk konsert tersebut masih lagi di peringkat perbincangan dan Umbrella Music bakal membuat pengumuman rasmi mengenainya pada awal tahun 2021 nanti.

Dalam pada itu, peminat boleh menyaksikan muzik video single terbaharu Umbrella, Hilang, menerusi  https://youtu.be/wijXnHd3V0o