“Siapa yang tak luluh dan patah hati mengadap keadaan ini.” - Azhan Rani doa Fasha segera sembuh

AZHAN RANI & FASHA SANDHA
AZHAN RANI & FASHA SANDHA
A
A
A

PELAKON Azhan Rani meluahkan rasa simpati atas kecederaan yang dialami rakan gandingannya, Fasha Sandha akibat kemalangan yang berlaku ketika menjayakan salah satu babak di set penggambaran telefilem berjudul Anak Tuan, pada Rabu.

Jelas Azhan, masing-masing sudah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan, malah terlebih dahulu melakukan rehearsal sebelum menjayakan babak sebenar. Namun insiden berlaku di luar jangka.

“Sahabat untuk telefilem Anak Tuan semalam mengalami kemalangan waktu pengambaran. Tak banyak yang boleh saya nak katakan perkara dah terjadi. Tak ada siapa yang mahukan kemalangan macam ini.

“Seperti kata tuan punya diri dan pihak produksi, masing-masing telah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan. Rehearsal sudah dilakukan, aksi yang diarahkan dibuat separuh tenaga untuk kamera.

“Segalanya hanya teknik sahaja tapi kalau dah tertulis, itulah suratan. Siapa yang tak luluh dan patah hati mengadap keadaan ini,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Aktor yang cukup dikenali dengan watak Ustaz Hamadi itu bagaimanapun mendoakan agar Fasha mendapat rawatan terbaik dan kembali pulih seperti sedia kala.

“Kami masing-masing dah lama nak kerja bersama. Dia (Fasha) sangat komited dan saya tahu dia sayang sangat dengan watak Ana dalam cerita ni. Dia jatuh terkena bucu katil, dia pula yang minta maaf sebab takut lambatkan shooting.

“Semalam masa di hospital dalam perbualan di telefon dia minta saya stay, jangan balik KL dulu sebab kononnya nak sambung shooting hari ni. Mujur pihak produksi pun dah stopkan dulu scene dia sampai nanti betul-betul sihat, barulah kita fikir balik pasal kerja ni,” katanya.

Rehat

Dalam masa sama, Azhan yang memegang watak sebagai suami kepada watak Ana dalam naskhah arahan Along Kamaludin itu memohon agar Fasha tidak diganggu dan diberikan ruang secukupnya untuk berehat.

“Doktor nasihat dia jangan expose dengan cahaya. Jadi berilah dia ruang rehat secukupnya. Nanti asyik kena tengok phone mata dia tak dapat nak rest pula. Insya-ALLAH nanti dia sembuh banyak lagi boleh tanya dengan dia.

“Semoga Allah permudahkan. Terima kasih atas doa semua untuk beliau. Saya cuma nak tengok dia sihat macam dulu. Insya-ALLAH dia kuat,” katanya.

Terdahulu Fasha dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Johor Bahru setelah mengalami kecederaan pada mata kirinya ketika menjalani penggambaran.

Insiden tersebut berlaku ketika pelakon itu terjatuh sebelum mata serta kepalanya terhentak pada bucu katil yang tajam. Akibatnya, tulang mata kiri patah dan bebola mata kiri Fasha berdarah serta bengkak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca