Sinar Harian terima Anugerah Media Khas - Akhbar Hiburan Terbaik

JKKN
JKKN
A
A
A

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini tampil memberikan penghargaan kepada pengamal media yang sentiasa memberikan sokongan kepada program anjuran mereka.

Menerusi Anugerah Media JKKN 2021 yang disampaikan ketika Majlis Serlahan Seni Budaya JKKN 2022 baru-baru ini menyaksikan Sinar Harian menerima penghargaan bagi Anugerah Media Khas - Kategori Akhbar Hiburan Terbaik.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri.

Pada majlis sama turut dilancarkan kalendar program seni JKKN untuk tahun 2022.

Setelah hampir dua tahun pelbagai program dan aktiviti kesenian dilakukan secara atas talian berikutan pandemik Covid19, tahun 2022 bakal memberikan harapan baharu apabila sebahagian besar acara seni budaya kembali diadakan secara fizikal.

Pelbagai acara dan aktiviti menarik bakal diadakan melalui Program Pelancongan Budaya yang akan berlangsung di tujuh buah negeri.

Antaranya ialah Iftar@KL di Kuala Lumpur, Pesta Angin Timur, (Perlis), Festival Kesenian Rakyat Kelate (Kelantan), Festival Permainan Malaysia (Kuala Lumpur), Festival Kota Selatan (Melaka), Rhythm of Kinabalu (Sabah), Festival Seni Hidup (Kuala Lumpur) dan Festival Gendang Sarawak (Sarawak).

Lapan program tersebut akan diadakan secara fizikal dengan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, manakala Pesta Angin Timur secara hibrid.

Bagi mendapatkan maklumat senarai program dan aktiviti anjuran JKKN, orang ramai boleh melayari www.jkkn.gov.my atau Facebook JKKN menerusi pautan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca