PENYANYI Siti Nordiana mengekalkan gelaran sebagai pemenang Top Top MeleTOP Wanita untuk tahun kedua berturut-turut di Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020).
Bukan itu sahaja, Siti Nordiana atau mesra di sapa dengan panggilan Nana turut memenangi anugerah Artis Versatil MeleTOP serta Top Top MeleTOP Grup / Duo dan Grup/Duo MeleTOP bersama Khai Bahar.
Haqiem Rusli pula mengulangi kejayaan di sebuah majlis anugerah sebelum ini apabila memenangi kategori utama Top Top MeleTOP Lelaki dan dua lagi anugerah iaitu kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP Era menerusi lagu Lembah Kesepian.
Menerusi kemenangan kategori utama itu, Nana, Khai dan Haqiem membawa pulang wang RM10,000 beserta sebuah trofi.
Dalam pada itu, Syafiq Kyle turut mengulangi kejayaan dari tahun sebelumnya apabila memenangi kategori Fesyen MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima Anugerah Khas dan Anugerah Wira MeleTOP diberikan kepada Ustaz Ebit Lew. Kedua-dua figura itu menerima hadiah berupa wang tunai Rm10, 000 dan trofi.
Pemenang untuk 15 buah kategori lain yang dipertandingkan turut menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta sebuah trofi. Setiap pemenang dipilih berdasarkan undian tertinggi di kalangan calon Top 5 bagi setiap kategori.
Tampil dengan tema Yang Epik, Yang Legend, anugerah itu menampilkan persembahan daripada Floor 88, K-Clique, Dolla, Aina Abdul, Ernie Zakri, Shiha Zikir, Wany Hasrita, Noraniza Idris dan Misha Omar.
AME 2020 yang disiarkan secara langsung di Astro Ria HD (saluran 104) dan Ria (saluran 124) dari Putrajaya International Covention Centre (PICC) dan dihoskan oleh pengacara popular Nabil Ahmad, Jihan Muse bersama Zizan Razak.
Berikut senarai penuh pemenang:
Drama Sweet Dreams dipilih sebagai Drama MeleTOP dan pelakon utamanya, Ben Amir memenangi kategori Pelakon MeleTOP untuk drama sama.
BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…
BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…
TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…
SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…
PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…
PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…