Siti Nurhaliza sah hamil empat bulan
TEKA-TEKI berkenaan kehamilan kedua, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini terjawab apabila beliau mengumumkan berita gembira tersebut hari ini.
Pengumuman itu dilakukan menerusi Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti yang berlangsung secara online melalui aplikasi Zoom.
Beliau yang sedang hamil empat bulan menzahirkan kesyukuran dan keterujaan apabila bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
"Tidak dinafikan, ramai yang sudah boleh agak tentang perkara ini (hamil), namun saya mendiamkan diri duduk di rumah berehat susulan situasi pandemik.
"Terima kasih kepada mendoakan. Saya berdoa semoga diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang menjalani proses kehamilan kedua ini," kata beliau yang turut ditemani suami, Datuk Khalid Muhammad Jiwa.
Ditanya, mengenai jantina bayi pula pelantun lagu, Purnama Merindu itu menjawab dengan ringkas: "Saya tidak kisah lelaki ataupun perempuan, namun lebih seronok sekiranya diberikan rezeki sepasang," katanya seraya ketawa.
Terdahulu sebelum itu, Siti meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua dan merancang untuk melakukan proses rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF) seperti yang pernah dilakukan sebelum ini .
Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang