Squid Game menang di Anugerah Gotham

SIRI Squid Game dari Korea Selatan memenangi anugerah siri TV jangka panjang terbaik di Anugerah Gotham, menjadi pemenang pertama dari negara itu pada majlis anugerah untuk filem indie dengan bajet rendah dan Siri TV di Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pada majlis anugerah yang berlangsung di Cipriani Wall Street di New York City pada Isnin (waktu AS), drama bersiri yang disiarkan di Netflix itu menerima anugerah Breakthrough Series — Long Format

Iklan
Iklan
(melebihi 40 minit), menewaskan Small Axe, It’s A Sin, The Good Lord Bird, The Underground Railroad dan The White Lotus.

Bagaimanapun, pelakon utamanya Lee Jung Jae tidak memenangi kategori Persembahan Cemerlang dalam kategori Siri Baharu.

Sebaliknya, Thuso Mbedu dalam The Underground Railroad

dan Ethan Hawke dalam The Good Lord Bird berkongsi anugerah itu.

“Kisah ini mengambil masa 12 tahun untuk dihasil dan dipersembahkan kepada orang ramai, tetapi ia mengambil masa kurang daripada 12 hari untuk menjadi drama bersiri no. 1 di planet ini. Ia satu yang menakjubkan.

“Terima kasih kerana menonton dan menyukainya. Terima kasih banyak-banyak,” kata penulis dan pengarah Hwang Dong Hyuk dalam ucapannya.

Ini kali pertama kandungan buatan Korea Selatan menerima kemenangan di Anugerah Gotham, yang dianjurkan oleh Projek Pembuat Filem Bebas (Indie), yang juga merupakan anugerah filem awal sebelum Anugerah Akademi yang dijadualkan pada Mac.

Drama/Filem yang dibuat dengan anggaran kos di bawah AS$35 juta layak dicalonkan di Gotham. Sejak disiar secara rasmi pada 17 September, Squid Game menyapu bersih carta popular Netflix di seluruh dunia, menduduki tangga pertama di lebih 90 negara di mana perkhidmatan penstriman itu boleh didapati.

Ia juga menjadi kandungan Netflix yang paling banyak ditonton sepanjang masa, dengan jumlah penstriman 1.65 bilion jam pada empat minggu pertama penyiarannya. — BERNAMA

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

11 hours ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

12 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

12 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

13 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

13 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

17 hours ago