Suara Viral 2.0 ditambah baik untuk kekal relevan

SETELAH mendapat sambutan memberangsangkan tahun lalu, Astro Prima membawakan kembali program realiti, Suara Viral 2.0.

Seiring dengan perubahan trend hiburan semasa, program itu mengetengahkan pembaharuan meliputi format dan senarai tarikan utama yang melibatkan barisan juri serta hos sebagai kelainan supaya segar dan terus kekal relevan.

Format penjurian untuk edisi kali ini pula akan menggunakan sistem liga yang ditentukan berdasarkan pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional.

Iklan
Iklan

Suara Viral 2.0 menyaksikan empat penghibur tersohor tanah air dengan latar belakang portfolio seni yang bukan calang-calang iaitu Datuk Hattan, Haqiem Rusli, Aina Abdul dan Marsha Milan diberi mandat untuk menduduki kerusi juri tetap.

Bagi memberikan kelainan agar tidak klise, pelawak versatil yang cukup sinonim dengan teknik lawak tiru gaya atau impersonate, Danial Zaini dan pelakon serta penyanyi muda terkenal, Naim Daniel diberi kepercayaan untuk menghidupkan pentas utama Suara Viral 2.0 selaku hos.

Selain itu, Cikgu Siti Hajar dilantik selaku guru vokal dan Alam Wakaka sebagai guru persembahan pentas.

Seramai enam peserta yang akan berentap secara kalah mati untuk setiap pusingan selama tujuh minggu.

Juara mingguan secara automatik akan mara ke peringkat suku akhir untuk bersaing sekali lagi bagi menempah tempat ke pusingan akhir.

Hanya empat finalis terbaik sahaja yang akan terpilih untuk beraksi di episod kemuncak bagi merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Bagi menambahkan lagi keunikan musim terbaharu, Suara Viral 2.0 juga akan memperkenalkan konsep Tangga Viral yang mana setiap peserta dikehendaki memulakan persembahan masing-masing dengan berdiri di kedudukan anak tangga teratas.

Peserta juga perlu menyambut cabaran untuk menyanyi dalam suasana yang berlatarkan bayang silhouette bagi menambat hati juri berdasarkan kemantapan vokal dan bakat nyanyian semata-mata.

Juara Suara Viral 2.0 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000. Manakala juara mingguan pula turut memenangi wang tunai RM1,000 sebagai insentif.

Konsert mingguan Suara Viral 2.0 pula bakal ditayangkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (105) serta boleh distrim menerusi Astro Go dan On Demand, pada setiap hari Rabu, jam 9 malam mulai 17 November selama 10 minggu.

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

Dicerai suami kerana lumpuh, wanita China ini bertemu jodoh, ibu mertua lebih baik

  HABIS madu, sepah dibuang. Hanya kerana diri sudah tidak sempurna, seorang wanita di China…

6 hours ago

Sebidang tanah 2 nama, Amar Baharin dakwa ibu teraniaya. ‘Bina rumah siap berpenghuni, pejabat tanah janji ganti tapi…’

KONTROVERSI berkenaan isu tanah milik ibu Amar Baharin meraih perhatian ramai apabila pelakon tersebut meluahkan…

6 hours ago

‘Pergilah abang, sayang dah reda. Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih’- Siti Aisyah

"Lepas ni, bertambah satu tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang. 23 April 2024 hari…

11 hours ago

Tapestri dan naratif seni batik, selami warisan tekstil Malaysia menerusi IKAT 2.0 edisi Pulau Pinang

TAPESTRI secara literalnya adalah kain yang dihiasi dengan gambar atau pola yang kompleks, sering kali…

12 hours ago

Norjuma didakwa atas lima pertuduhan, cederakan tiga individu, lakukan khianat

BEKAS personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed dihadapkan di empat Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan menyebabkan…

13 hours ago

Ensefalitis: Keradangan otak akibat jangkitan. Benarkah gaya hidup atau stres jadi punca? Pakar ini kongsikan penjelasan

SECARA global, dianggarkan sejumlah 1,444,720 kes dan 89,900 kematian dicatatkan akibat ensefalitis atau keradangan otak…

22 hours ago