Sue-On naskhah tribute untuk Mamat Khalid

A
A
A

TATKALA penerbit dan pengarah terarah menghasilkan filem aksi, naskhah bercorak seram komedi masih lagi menjadi pilihan penonton di pawagam.

Justeru, ia memberi idea buat Datuk Awie selaku pemilik syarikat Rumah Produksi Merah untuk menghasilkan filem Sue-On.

Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.

“Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi.

“Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan akhirnya terhasilnya filem Sue-On,” ujarnya.

[caption id="attachment_116018" align="alignnone" width="800"]Sue-On menampilkan ramai barisan pelakon ternama.[/caption]

Mengambil inspirasi kepada sebuah filem seram Jepun, Sue-On yang diarahkan Razif Ajiboy Rashid, dibintangi oleh Awie sendiri, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem terbaharu terbitannya itu, Awie memberitahu Sue-On adalah sebuah filem yang cukup santai dan saya mengambil ilham seperti filem yang pernah dihasilkan Allahyarham Mamat Khalid.

Malah, Awie juga menyatakan pembikinan filem Sue-On ini adalah tribute kepada Allahyarham yang telah menaikkan namanya selaku seorang pelakon komedi seram.

“Saya menghasilkan filem ini adalah untuk meneruskan legasi arwah. Apa yang pernah arwah buat dahulu kami akan teruskan,” jelasnya yang meletakkan harapan agar filem Sue-On ini dapat menambat hati penonton.

Sue-On mengisahkan hantu Sue-On yang terperangkap setelah keluar dari televisyen. Dalam usaha untuk kembali ke tempat asal, Sue-On sekali lagi terperangkap di Kampung Sebelah.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Sue-On kembali ke tempat asalnya? Saksikan jawapan di pawagam bermula 6 Julai ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca