TAHUN ini, Sunway Malls (rangkaian pusat beli-belah Sunway) ingin mempersembahkan PAW Patrol Rescue Knights berserta pelbagai aktiviti menarik dan pengembaraan yang lebih hebat.

Bermula dengan Sunway Pyramid pada 23 Jun hingga 11 Julai, kempen tersebut akan diteruskan di pusat beli-belah Sunway yang lain di seluruh Malaysia sehingga hujung tahun 2022.

Selepas ini, Chase, Marshall dan rakan-rakan akan menjelajah pusat beli-belah Sunway yang lain iaitu Sunway Carnival Mall (28 Julai – 14 Ogos), Sunway Big Box retail Park (2 – 18 September), Sunway Putra Mall (23 September – 9 Oktober) dan Sunway Velocity Mall (3-20 November).

Para pengunjung seisi keluarga berpeluang untuk menerokai Barkingburg Castle di Orange Concourse Sunway Pyramid, dilengkapi pendaki gulung, gelongsor dua lorong, tali panjat, pendaki batu, panel mainan ‘tic-tac-toe’, dan lapangan di atas bumbung istana ini untuk membolehkan para pengunjung mengamati suasana dataran tersebut dari atas.

Si cilik juga boleh mencungkil kreativiti masing-masing dengan menggayakan diri mereka untuk mengambil gambar sebagai kenangan berlatarkan kelibat Sparks, si naga yang mesra.

PAW Patrol Rescue Knights
Selain aktiviti lasak, si cilik juga boleh menunjukkan bakat mewarna di ruang yang disediakan.

Aneka aktiviti interaktif juga disajikan buat pengunjung serta peluang untuk menebus lembaran stiker PAW Patrol edisi terhad.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk permainan memori, Matching Pairs; permainan melontar, Shooting with Hoops; menjatuhkan tin dengan menyepak bola, Knock the Tower; stesen gambar, The Bone in the Stone; serta misi menyelamat menerusi Marshall’s Junior Firefighter Test.

Bukan itu sahaja, pembeli juga berpeluang untuk memenangi barangan PAW Patrol edisi terhad.

Iklan

Pengurus Besar Pemasaran dan Inovasi Perniagaan Sunway Malls, Loo Hoey Theen berkata, bagi setiap acara yang dirancang untuk Sunway Malls, pihaknya ingin memastikan pengunjung mendapat pengalaman yang menarik.

“Kolaborasi yang dijalin dengan PAW Patrol merupakan antara acara eksklusif yang ingin kami bawakan di Sunway Malls untuk memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan buat para pengunjung seisi keluarga.

Iklan

“Mereka boleh mengambil bahagian dalam aneka pengalaman interaktif yang disediakan dan bergambar untuk mengabadikan detik manis yang diluangkan di sini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan aktiviti-aktiviti eksklusif PAW Patrol Rescue Knights di setiap pusat beli-belah Sunway, sila layari www.sunwaymalls.com/pawpatrol dan ikuti perkembangan terkini daripada saluran media sosial pusat beli-belah Sunway pilihan anda.