Suria FM lakar sejarah Malaysia Book Of Record, stesen radio pertama bersiaran di atas kapal mewah
SURIA FM hari ini melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai stesen radio pertama Malaysia yang bersiaran secara langsung di atas kapal persiaran mewah, Genting Dream.
Rekod tersebut berjaya disempurnakan melalui segmen Morning Morning Suria selama dua jam bermula 8 hingga 10 pagi dikendalikan oleh penyampai radio Suraya, Ajak dan Shuib.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau dikenali sebagai DJ Lin berkata, pencapaian ini merupakan satu pembukaan buat tahun 2023 dalam usaha memastikan momentum stesen radio berkenaan terus dekat di hati pendengar.
“Ia umpama mimpi dalam mimpi kerana saya secara peribadi sebelum ini memang berhasrat untuk melakar sejarah dalam MBOR sejak memegang jawatan sebagai Pengurus Besar pada 2018.
“Hari ini sejarah tercipta apabila perancangan selama ini berjaya dilaksanakan lebih-lebih lagi ia bersempena sambutan ulang tahun Suria FM ke 15 November lalu,” katanya dalam sidang media di George Town, Pulau Pinang.
Siaran pagi tadi mendapat kerjasama Resort World Cruises yang membawa Morning Morning Suria bertemakan Suria FM Membelah Samudera.
Siaran langsung itu turut disiarkan di media sosial rasmi Suria FM seperti Facebook dan YouTube.
Tiga artis tempatan turut bersama sepanjang siaran berlangsung iaitu Siti Nordiana, Amir Masdi dan Andi Bernadee.
Oleh : Azleenda Sahaludin
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang