TAHNIAH diucapkan buat pelakon, Farah Nabilah yang selamat bersalin cahaya mata keduanya pada 26 Julai lalu.

Rasmi menjadi ibu kepada dua prang anak lelaki, pelakon Mr Grey dan Papa Ricky itu turut mendedahkan nama bayi lelakinya.

“Assalamualaikum. Hari ini adalah hari ketujuh. Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul,” titipnya.

Dalam pada itu, Farah tidak lupa mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap si kecil.

Baca juga: Sejuk mata memandang, Farah Nabilah kini sudah berhijab

“Terima kasih atas doa semua, semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh.

“Anak yang mempunyai adab dan akhlak seperti Rasullullah SAW dan dilindungi daripada segala kejahatan. Aamiin,” kongsi Farah.

Menurut Farah, Yusuf seberat 3.35 kilogram dilahirkan secara normal.

“Saja nak berkongsi dengan anda kisah kejayaan dan perjalanan kelahiran Vaginal Birth After Ceasarean (VBAC).

“Masa kelahiran Dre, saya bersalin menerusi pembedahan caesarean kerana breech. Dia tiada ruang untuk berpusing kerana adanya fibroid sebesar bola tenis.

“Untuk kelahiran anak kedua ini saya berdoa agar bersalin normal.

“Tahukah anda, hanya 60 peratus sahaja ibu hamil berjaya bersalin secara normal selepas pembedahan caesarean pada kelahiran anak terdahulu? Banyak risikonya,” ujar Farah yang mengikuti kelas hypnobirthing sebagai persediaan.

Aktres berusia 31 tahun ini terdahulu mengumumkan kehamilan ketika kandungan mencecah enam bulan.

Baca juga: ‘My precious, Andre ‘- Farah Nabilah kongsi nama anak

Farah mendirikan rumah tangga dengan dengan Mohamed Amirul Yunus telah pada 20 Disember 2019.

Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Andre Omar yang kini berusia tiga tahun.

Baca juga: Bahaya tumpah darah lepas bersalin rahim boleh dibuang, 12 golongan ibu hamil ini jaga-jaga ya

10 TIP PEMAKANAN IBU SELEPAS BERSALIN

1-Selepas melahirkan bayi, tubuh ibu perlu pulih sepenuhnya dan bersedia untuk menghasilkan susu ibu.

2-Berat badan yang meningkat semasa kehamilan membantu membina bekalan untuk proses pemulihan dan penyusuan.

3-Dalam masa yang sama, ibu-ibu perlu mengekalkan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat agar mereka sentiasa cergas dan sihat selepas bersalin.

4-Terdapat sesetengah ibu yang terlalu sibuk menjaga bayi dan ahli keluarga yang lain sehingga tidak mengendahkan pengambilan makanan sendiri. Oleh itu, adalah penting untuk ibu-ibu merancang hidangan yang ringkas tetapi berkhasiat daripada kesemua kumpulan makanan di dalam Piramid Makanan Malaysia.

Iklan

5-Teruskan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat sebagaimana yang diamalkan semasa anda hamil.

6-Beri tumpuan kepada pengambilan bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan yang kaya dengan protein, kalsium dan zat besi.
Berikut adalah kumpulan makanan utama yang anda harus makan setiap hari:

-Pelbagai jenis bijirin seperti beras, gandum, jagung, barli terutama bijirin penuh. Produk bijirin seperti roti, pelbagai jenis mi dan pasta juga boleh diambil.

-Sumber protein haiwan seperti telur, daging dan ikan dan/atau sumber protein tumbuhan seperti kacang dal dan kacang soya.

-Susu dan produk tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt dan keju.

-Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran segar (sama ada dimakan mentah atau dimasak).

7-Pengambilan pelbagai jenis makanan dapat memastikan ibu mendapat kesemua nutrien yang diperlukan olehnya. Kepelbagaian makanan juga dapat memastikan nutrien yang terdapat di dalam makanan diserap dengan baik. Contohnya, zat besi daripada sayur-sayuran berdaun hijau akan lebih mudah diserap dengan kehadiran vitamin C daripada buah-buahan.

Iklan

8-Dalam masa yang sama, pengambilan makanan secara berlebihan pula akan mendatangkan kemudaratan. Contohnya, pengambilan protein secara berlebihan boleh mengakibatkan badan kehilangan beberapa vitamin dan mineral.

9-Beri perhatian kepada zat besi dan kalsium. Bekalan zat besi yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan zat besi semasa bersalin dan sebagai persediaan kedatangan haid yang akan datang.

10-Keperluan bagi kalsium semasa menyusukan bayi adalah tinggi kerana susu ibu mengandungi kalsium. Apabila paras kalsium di dalam darah ibu tidak mencukupi, kalsium yang tersimpan di dalam tulang ibu akan dikeluarkan untuk menghasilkan susu dan mengakibatkan jisim tulang ibu berkurangan. Kehilangan tersebut boleh dicegah dengan pengambilan makanan yang tinggi kalsium.

Sumber: Instagram Farah Nabilah, MyHealth

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang