Tahniah! Syafiqa Melvin hamil 4 bulan, warga maya puji seri ibu mengandung

SIAPA yang tidak kenal dengan empat orang adik-beradik daripada ‘utagha’ (Utara) iaitu bekas pengacara Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, Siti Nur Syida Amirol Melvin dan Melveena Amirol Melvin.

Setiap kali muncul menerusi penstriman langsung di laman sosial, warga maya pasti akan tidak kering gusi dengan gelagat mereka lima beradik yang lucu dan menghiburkan.

Dalam perkembangan terbaru, kakak sulung The Melvins, Syafiqa Melvin tampil berseri-seri.

Baca juga: ‘Macam cerita Hindi, honeymoon satu famili ikut.’ Syafiqa Melvin, suami & keluarga ikut trip naik bas raih perhatian 

Iklan
Iklan

Baca juga: Biar betul! Dek seiras, ockscreen’ Syida Melvin boleh dibuka guna wajah kakak

Baca juga: ‘Adik-beradik buat apa nak gaduh.’ Cipta hiburan dalam dunia kosmetik, Tilla dedah rahsia kejayaan The Melvins

Menjawab pertanyaan warga maya tentang perubahan diri, Juara Wanita Melayu musim kedua itu yang juga merupakan bekas pengacara Bersamamu mendedahkan dirinya sedang berbadan dua.

“Mama Yong hamil berapa bulan, kulit lawa betul. Mama Yong sudah (mengandung) 4 months plus,” katanya bersama Melveena semasa sesi live di TikTok jenama kosmetik, Kekasih.

Kakak kepada Syatilla Melvin itu baharu sahaja kembali bergelar isteri Disember lalu selepas mendirikan rumah tangga kali kedua bersama jejaka pilihan, Azhar Othman.

Baca juga: ‘Penat mengandung 9 bulan. Bila keluar muka suami, mentua.’ Keluhan Syatilla Melvin buat ramai terhibur!

Baca juga: Bukan cakap kosong, adik-beradik The Melvins kini jutawan

Baca juga: Hadap isteri alahan tak boleh tengok rumah sendiri, Sam angkut TV pindah hotel

Warga maya menzahirkan ucapan tahniah buat Syafiqa dan mendoakan agar kehamilan berjalan lancar. Ujar mereka:

“Tahniah Kak Long,” kata Siti Rahayu.

“Kak Long bunting pelamin, Alhamdulillah,” kongsi Jue Romli.

“Patutlah jarang nampak Kak Long dalam live. Nampak berisi sikit, rupanya betul tekaan saya,” tulis Bebozen.

“Macam baru semalam Kak Long kahwin, cepatnya masa berlalu,” ujar Fiza Abdul.

“Berseri-seri Kak Long, tahniah,” titip Dapor Azzalea.

Baca juga ‘Kecil-kecil dah ada jawline, ikut ayahnya ni.’ Comelnya, hidung mancung.’ Syifa Melvin kongsi wajah anak raih perhatian ramai

Baca lagi Syatilla Melvin dan suami kongsi hasil dekorasi bilik movie ala hotel raih pujian ramai. Lawa dan kreatifnya!

Sekadar info, pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman  pada 13 Julai 2012.

Namun jodoh mereka tidak panjang apabila Zainal menghembuskan nafas terakhir akibat kanser darah pada 27 Ogos 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Zayyan Sufi, 10 dan Zahara Sumayya, 8.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

11 mins ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

3 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

3 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

5 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

9 hours ago