KUALA Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022) baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu. Begitupun auranya masih lagi terasa.

Acara berprestij itu yang diadakan secara fizikal sangat dinantikan selepas tertangguh tahun lalu akibat Covid-19.

Seperti yang dijangka, KLFW yang meraikan ulang tahun ke-10 KLFW itu berlangsung meriah di pusat beli-belah terkenal, Pavilion, Kuala Lumpur.

Tahun ini menyaksikan 40 pereka hebat tempatan dengan rekaan fesyen sedia dipakai atau ready-to-wear (RTW) dipersembahkan.

Baca ni: Kembali bersatu! Ini wajah terkini Tan Ho Ming dan Ummi Khazriena yang viral iklan merdeka 15 tahun lalu

Turut dinantikan pastinya penampilan selebriti yang menjadi salah satu tarikan KLFW, selain menyaksikan peragaan fesyen jenama hebat lokal.

Gaya selebriti mana yang mampu mencuri tumpuan lensa kamera dan juga mata yang memandang?

SinarPlus tampilkan beberapa orang selebriti yang menjadi bualan warga maya ketika hadir memberi sokongan buat pereka fesyen yang terlibat di dalam KLFW 22.

1. Ummi Nazeera
Berhijab tidak membataskan seseorang untuk bergaya anggun dan mempesona. Lihat sahaja penampilan Ummi yang memilih busana daripada pereka Kit Woo. Pilihan pakaian saiz oversize rona hitam ini menyerlahkan pesonanya. Tas tangan dan kaca mata sedondon pelengkap penampilan.

2. Amelia Henderson
Beliau antara selebriti yang tidak pernah gagal dalam bergaya. Pilihan jumpsuit merah berperician labuci yng dipadankan dengan aksesori sarung tangan latex merah sentuhan pereka terkenal, Rizman Ruzaini benar-benar menyerlahkan gaya Amelia. Sedikit kelainan dengan pilihan tas tangan rona berbeza, namun tetap menawan.

3. Izara Aisyah
Tetap wow menggayakan gaun hitam dan jaket berbulu hot pink daripada pereka Rizman Ruzaini. Simple namun menyerlahkan gaya feminin. Dipadankan bersama sarung tangan hitam, memang mencuri tumpuan kerlipan lensa kamera!

4. Aina Abdul
Bukanlah Aina kalau tidak tampil ‘rare’ dan luar biasa. Busana Behati menjadi pilihan beliau dan seperti biasa, bidikan kamera tidak berhenti merakamkan aksinya yang menyarungkan gaun oversize draping berwarna hitam. Pilihan boots pelengkap gaya.

5. Daiyan Trisya
Cukup elegan dengan pilihan pleated dress koleksi pereka terkenal, Alia Bastamam. Padanan kasut tumit tinggi rona nude dan dandanan rambut wetlook melengkapi gaya Daiyan. Yang pasti, tas tangan pilihannya tampak unik. Lain daripada yang lain. Cantik!

Iklan

6. Scha Alyahya
Ratu KLFW, tidak sah andai tiada kelibat Scha. Kali ini penampilan isteri kesayangan Awal Ashaari ini cukup elegan menggayakan busana hijau zamrud hasil rekaan Alia Bustaman. Look dengan rambut bertocang panjang memberi sisi berbeza daripada gaya di show yang sebelumnya.

7. Datuk Seri Vida (DSV)
Percubaan DSV meraih perhatian dalam busana ‘unik’ nyata membuahkan hasil. Walaupun ada yang ‘sakit mata’ memandang, namun ‘siapa peduli’, mungkin itu jawapan DSV kan. Tampak yakin dan bersahaja tatkala menggayakan busana dengan lapisan fabrik berwarna-warni itu. Rupa-rupanya DSV ialah model dan muse pada jenama Behati.

8. Eyka Farhana
Manis, seksi dan mewah. Pilihan gaun meleret yang sarat sekuin hasil sentuhan, Rizman Ruzaini ini nyata cukup elegan tatkala digayakan oleh Eyka Farhana.

9. Kilafairy
Simple dan sopan dalam menjaga auratnya, Kilafairy tampil cantik dalam balutan busana ala tuksedo oleh pereka terkenal Rizman Ruzaini.

Iklan

10. Kavitha Sidhu
Sesuai dengan gelaran ratu cantik Malaysia, sarunglah apa sahaja busana pasti terletak cantik pada tubuh beliau. Kali ini, Kavitha memilih gaun rona merah garang rekaan Alia Bustaman. Seksi dengan belahan di bahagian hadapan. Aksesori melengkapi gaya pelakon yang tidak dimamah dek usia ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan