Tak kisah tampil buruk untuk lakonan, Che Ta terkilan nama digugurkan

PELAKON Rozita Che Wan mengakui sentiasa menjaga menjaga penampilannya di mana sahaja berada kerana itulah personaliti dirinya.

Namun Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta berkata, itu tidak bermakna dia tidak berminat atau menolak jiwa ditawarkan untuk menjayakan watak atau karakter yang bakal menampilkan dirinya dalam keadaan sebaliknya.

Che Ta mengakui terkilan apabila mendapat tahu ada pengarah yang meminta pihak produksi mengugurkan namanya hanya kerana meragui adakah dia mampu untuk berpenampilan ‘buruk’ sebagai pelakon.

Iklan
Iklan

Pelakon yang mesra disapa Che Ta itu bagaimanapun pernah tiga kali membuktikan dirinya tidak hanya bersandarkan keselesaan ingin sentiasa cantik di dalam skrin TV semata mata.

Hakikatnya kata Che Ta, dia sebelum ini pernah beberapa kali tampil sedemikian bagi memenuhi karakter watak yang dijayakan.

“Saya pernah membintangi telefilem Dosa Siapa, arahan Murali Abdullah yang disiarkan sekitar tahun 2011, di mana saya menjayakan watak sebagai pengemis  dan semestinya saya tidak boleh bersolek cantik untuk watak itu.

“Watak pengemis bernama Halimah itu juga pernah melayakkan saya menjadi calon top 5, Pelakon Drama TV Wanita, Anugerah Skrin suatu ketika dulu.

“Sebelum itu saya pernah berlakon sebuah telefilem bersama Fauzi Nawawi.  Dalam telefilem itu saya dilacurkan suami dan kemudian menghidap AIDS.

“Terbaru saya disolek buruk dan jadi tua dalam telefilem My Future Husband, terbitan Zeel Production yang disiarkan di Astro Citra, baru-baru ini,” katanya.

Menurut Che Ta yang baru sahaja meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-48 pada 9 Mac lalu, tidak ada isu yang tentang dia hanya menerima watak ‘control’ cantik atau disolek tebal semata mata.

Tegas Che Ta, penampilannya yang sentiasa cantik dan tampak sempurna itu untuk memenuhi keperluan kerja dan tanggungjawabnya mempromosikan sesebuah produk.

“Sejak mencari rezeki dalam dunia lakonan ini, saya sentiasa berfikir di luar kotak dan sanggup mencabar diri dengan apa saja watak.

“Siapa kata saya nak berlakon jadi cantik saja?,” katanya yang mengakui sangat profesional dalam kerjanya.

Menceritakan lebih lanjut tentang salah anggapan membabitkan pengarah tersebut, kata Che Ta, dia tidak mahu mengambil serius tentang pekara itu.

“Saya agak terkejut apabila diberitahu seorang pengarah tak mahu saya berlakon di bawah arahannya kerana hal tersebut.

“Mungkin selama ini, dia hanya nampak saya di Instagram barang kali. Tak apalah, saya berserah dalam soal rezeki. Kalau ada, adalah..” kata isteri kepada pelakon Zain Saidin itu itu.

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

20 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

1 day ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

2 days ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

2 days ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

2 days ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

2 days ago