Tamat zaman solo, Muna Shahirah kini bergelar isteri kepada seorang mualaf

A
A
A

PENYANYI Muna Shahirah kini menjalani fasa baharu dalam hidup apabila selamat bergelar isteri kepada jejaka mualaf, Sean Tee Yeu Terng Abdullah, 24, pada Jumaat lalu.

Muna yang turut aktif dalam dunia penstriman permainan video itu berkenalan dengan suami sejak tiga tahun lalu menerusi permainan video PUBG.

Meluahkan rasa syukur apabila majlis penyatuan dua hati antara dia dan suami berjalan lancar, penyanyi Teguh Setia itu sedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan membimbing suami yang merupakan saudara baharu.

“Saya teruja dan gembira melangkah ke fasa baru dalam hidup. Semoga kami terus bahagia sebagai pasangan suami isteri.

“Suami memang sudah lama meminati agama Islam dan dia sudah memeluk Islam Januari lalu. Kami memang dalam fasa yang indah kerana sama-sama belajar agama,” katanya sebagaimana dilaporkan sebuah portal hiburan.

Muna dan suami berkenalan sejak tiga tahun lalu menerusi permainan video PUBG.

Majlis pernikahan pasangan ini yang berlangsung di Mersing, Johor itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Pada majlis itu, Muna, 29, menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 berserta wang hantaran RM60,000. Pengantin lelaki juga memberikan lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca