Home Hiburan Tayangan My #Qurantime 2.0 di TV9, mulai Ahad Ini

Tayangan My #Qurantime 2.0 di TV9, mulai Ahad Ini

0
Tayangan My #Qurantime 2.0 di TV9, mulai Ahad Ini

TV9 di bawah Media Prima menjadi stesen televisyen pertama yang menyiarkan program My #QuranTime 2.0 (MQT) bermula 5 Februari (Ahad) ini.

Program terbitan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) yang bersiaran dari Studio My #QuranTime di Shah Alam itu akan disiarkan setiap hari dari jam 12 hingga 1 tengahari.

MQT 2.0 yang dibawakan sebanyak 2,114 episod, membawa misi untuk meningkatkan penghayatan solat, memahami dan menghafal al-Quran serta membina tabiat Infak adalah program musim kedua setelah kejayaan MQT 1.0 yang telah bersiaran sebanyak 838 episod di digital media YouTube My #QuranTime Official dan TV Al-Hijrah.

Menariknya kali ini, dengan matlamat utama untuk menghayati al-Quran dengan hafalan dan pemahaman al-Quran melalui tadabbur serta bacaan yang mantap melalui tajwid serta Tahsin.

Kajian yang dilakukan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas untuk MQT kali ini dilakukan secara lebih mendalam untuk setiap satu pertiga daripada 604 halaman al-Quran modul Quran Al-Hafiz yang telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Dalam pada itu Seramai lapan pengkaji tetap yayasan WUI bersama para asatizah dan pakar al-Quran di Malaysia dan Indonesia, terlibat menasihati dan merujuk kepada 21 Kitab utama dalam menghasilkan setiap episod MQT.

Percuma

MQT ditawarkan kepada TV9 dan semua stesen TV dalam dan luar negara secara percuma hasil sumbangan orang ramai kepada Tabung Gerakan Al-Quran sejak tahun 2020 dalam misi Wakaf Konten.

Ia merupakan kajian serta menerbitkan pelbagai program pendidikan berlandaskan al-Quran untuk perubahan kerangka fikir dan karakter ummah yang tersimpan secara online untuk dimasuki secara mudah oleh ummah di seluruh dunia.

MQT 2.0 telah ditayangkan secara atas talian di Facebook dan YouTube: My #QuranTime Official, daripada episod 1 hingga terkini, sejak 14 Disember 2022, setiap hari, jam 12 hingga 1 tengah hari dan telah mengumpulkan sebanyak lebih 700,000 ribu pelayar melalui tayangan 48 episod setakat ini.

Iklan

Tayangan secara live, mulai 5 Februari (Ahad), jam 12 hingga 1 tengah hari di TV9 ini akan bermula dengan episod 54, seiring dengan tayangan di platform digital My #QuranTime Official.

Bagi episod ulangan iaitu episod 1 hingga akhir (2,114) di TV9, akan bermula pada 6 Februari sebanyak dua episod setiap hari dari jam 4.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Iklan

Stesen TV lain akan turut bersama menyebarluaskan program bersifat pendidikan MQT 2.0 ini, manakal TV AlHijrah dan Astro Oasis sedang menyelesaikan sedikit isu teknikal sebelum mengumumkan tarikh tayangan mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.