Tayangan perdana Mechamato di Cartoon Network

Mechamato
Mechamato
A
A
A

SIRI kartun baharu hebat penuh dengan aksi dan komedi, Mechamato kini bersedia untuk beraksi di skrin televisyen (TV) Malaysia dan sekitar Asia bermula 4 Disember ini, menerusi saluran Cartoon Network (Astro 615 HD).

Bintang utama Mechamato merupakan seorang kanak-kanak lelaki bernama Amato yang bertukar menjadi master atau pengawal robot pemusnah Mechabot yang berkemampuan mencipta objek-objek berkaitan.

Dalam masa sama, Amato juga dapat mengesan robot-robot lain yang berjaya melarikan diri dari penjara kapal angkasa yang terhempas di planet bumi.

Mechamato merupakan sebuah siri yang terhasil daripada idea asal Monsta yang berpangkalan di Cyberjaya, Malaysia.

Ketua Pegawai Kandungan Monsta dan pencipta Mechamato, Anas Abdul Aziz, berkata, pihaknya berharap agar siri tersebut dapat merangsang daya kreativiti dan inovasi golongan kanak-kanak dalam kehidupan seharian mereka.

“Mechamato mengisahkan tentang persahabatan Amato, remaja yang mempunyai banyak idea kreatif, manakala MechaBot pula mempunyai kuasa untuk menukarkan semua idea tersebut menjadi peralatan canggih.

“Siri animasi ini penuh dengan aksi dan lawak jenaka, selain dibarisi karakter serta robot yang menarik,” katanya.

Episod pertama dan kedua Mechamato akan mula bersiaran pada 4 dan 5 Disember ini, jam 3 petang, manakala setiap episod seterusnya pula akan bersiaran pada setiap Jumaat, jam 1.30 petang.

Nantikan lebih banyak aksi Mechamato di skrin televisyen dan pertandingan ‘fan-art’ pada tahun depan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca