Teka-teki hubungan Angelina Jolie, The Weeknd

A
A
A

PEMINAT industri muzik dan filem sudah cukup mengenali dua figura Angelina Jolie dan The Weeknd.

Baik karya lakonan Jolie atau penghasilan muzik, kedua-duanya memiliki kekuatan masing-masing.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya apabila kedua-duanya dilihat menghabiskan masa makan malam bersama di restauran Giorgio Baldi, California, Amerika Syarikat.

Kedua-duanya mengenakan busana hitam sedondon dikatakan menghabiskan masa sekitar dua jam 30 minit di restauran tersebut.

Kemunculan bekas isteri aktor Brad Pitt bersama penyanyi lagu Blinding Lights di depan khalayak buat kali kedua menjadi tanda tanya mengenai kebenaran hubungan mereka.

Bagaimanapun menurut sumber terdekat mereka, aktiviti makan malam itu hanyalah sekadar perbincangan mengenai penghasilan sebuah drama siri terbitan HBO Max.

"Jika diamati sebaiknya, mereka tidak berusaha menyembunyikan makan malam tersebut.

"Jika mereka bercinta mengapa hanya beberapa kali sahaja kedua-dua terlihat bersama terutama di depan umum," kata sumber.

Walaupun tiada pengesahan mengenai rahsia sebenar hubungan mereka, peminat tetap mengharapkan yang terbaik bagi ibu kepada enam anak itu.

The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Makkonen Tesfaye sebelum ini pernah menjalin hubungan bersama Bella Hadid dan Selena Gomez.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca