Teka-teki Justin Bieber mungkin bakal jadi ayah

A
A
A

NAMA penyanyi terkenal, Justin Bieber sentiasa menjadi buah mulut masyarakat di seluruh dunia. Rata-rata berebut untuk mengetahui perkembangan kerjaya dan kehidupan penyanyi berusia 27 tahun itu.

Sejak mendirikan rumah tangga dengan model, Hailey Bieber, 24, pada 2018 kedua-dua tidak menafikan kesediaan mereka untuk bergelar ibu dan bapa meskipun masih berusia muda.

Baik Bieber mahupun Hailey, kedua-duanya nyata tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam tempoh masa terdekat.

Disebabkan hal tersebut, baru-baru ini heboh apabila penyanyi lagu Yummy itu memuat naik satu gambar di Instagram miliknya yang menunjukkan dirinya bersama Hailey dengan kapsyen: "Mom and Dad" (Ibu dan ayah).

Khayalak lantas membuat spekulasi mengatakan Hailey kini sedang berbadan dua dan keinginan Bieber untuk bergelar bapa bakal menjadi realiti.

Namun, setelah perkara tersebut hangat diperkatakan, Hailey kemudian seakan membiarkan khalayak berteka-teki tentang perkara itu.

"Saya rasa awak mungkin perlu tukar kapsyen kepada ibu dan ayah anjing (haiwan peliharaan) sebelum sesiapa memutarbelitkan," tulisnya di ruangan komen gambar tersebut.

Biarpun Bieber dan Hailey tidak memberikan sebarang pengesahan mengenai perkara itu, peminat mendoakan agar pasangan terbabit segera dikurniakan cahaya mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca